December 14, 2007

long-distance runner

...dan dia terus berlari.lari.lari.sekuat hatinya.

dia tinggalkan semua yang ada di belakang.

kata nya. "takkan aku toleh ke belakang lagi".

dan bila terjatuh, dia akan bangun semula.

biar berkali-kali jatuh tersadung.dia tetap akan bangun.

katanya. "takkan pernah aku berhenti".

dia atur langkah nya walau penuh dengan kepayahan.

lelah tidak dia hiraukan.

matlamat nya satu.garisan penamat.

sebab katanya."ada yang menantiku di sana"

"biar gagal diri ini selepas usaha,bukan gagal kerana lalai dan leka"


No comments: