January 20, 2012

jatuh cinta dengan Hematology.

yeah! lagi seminggu nak balik Msia. Flight Jumaat minggu depan! macam tak percaya :)
First year waktu winter pergi Sinai, Tahun 2 join trip Luxor & Aswan, tahun 3 pergi Turky,
tahun 4, 5, 6 balik Msia je kerja. i love it to be like that :)

waktu tahun 4 tu, mula-mula mak cakap, tak payah lah balik, pergi la jalan mana-mana. Tapi bile dah dekat cuti winter, mak tanya, "Kakak dah beli tiket balik Malaysia ke?" kekeke. 

Flight malamjumaat, tapi pagi tu Fariez ada exam OSCE internal medicine-case: geriatric, endocrine, pulmonary & hematology. Thank god takde Rheumatology. Fariez tak suka buat muscle and skeleton examination. Eh tapi geriatric ade case osteoarthritis and osteoporosis maknanya kena buat jugak la muscle and skeleton examnination T_T!

Sekarang ni susah sangat nak study- kenapa ntah malas sangat!

padahal kalau dah start baca buku, rasa taknak benti baca. Tambah-tambah case hemato, semua pun menarik! sukenya case hemato. pulmonary pun best, tapi asyik deal dengan smokers je (lelaki) , asyik-asyik case COPD,balik-balik case COPD. so tak berapa suka sangat.

Selama ni fariez tak pernah minat medicine, i mean internal med. Tak suka. Maybe sebab dulu dapat 2 bulan dekat department Geriatric & GIT- tak menarik sgt. dapat resident doc yang tak berapa appealing. Life die nampak dull je. muka tak pernah happy. 

Dulu, ingat nak amik pead, bile blaja opthal, rasa nak futher opthal, lepas belajar derm, minat derm pulak. Sekarang suka hemato! :P

Doc hemato tu pesan, life gonna be tough when u choose medicine, but life must be go on. just enjoy it! Doc tu bagus gile, fariez kalau sakit kepala sikit pun, fariez akan tidur and left buku-buku aside. Tak kuasa nk baca buku waktu sakit kepala. Tapi doc ni, waktu die sakit teruk (prodrome hepatitis) die muntah-muntah, severely nauseated, asal baca buku je die tertido (severely lethargic) tapi die bangun basuh-basuh muka, sambung baca buku lagi, bila dia tertido lagi, dia bangun basuh-basuh muka, then start study lagi. OMG, sangat tabah!

Sy nak jadi macam dia!


No comments: