January 30, 2012

Exam dan mula bercuti


Osce exam dah lepas. Alhamdulillah semuanya okie. Fariez dapat case endocrine : thyroid dgn case Rheumatology : Rheumatoid arthritis.

Ingat tak before ni fariez cakap,fariez tak suka muscle n skeleton examination? tapi lepas seminggu dekat ward rheumatology, fariez rs.. alahai takdela susah mane pun. even malam exam tu, fariez harap-harap semua cse yang keluar adalah case rheumatology.

Both cases kena amik short history, then buat examination sikit2, n doc tanya soalan sikit-sikit. okiela.Alhamdulillah.

Habis je exam, fariez bergegas balik rumah, amikbeg, dan terus ke bus station. Amik bus pergi ke cairo airport. dalam bas tu la, dalam pukul 3 lebih mcm tu, baru fariez sedar, yang fariez tak minum pape kecuali air kotak susu cokelat pagi. T_T busy sangat sampai tak sedar.

perjalanan dari alex ke cairo airport amik mase 4.45minit. lama kan.lapar... dalam bus tak tidor pun,bersembang dengan tkay. sampai je dekat airport, rupanya flight kitorang delay sejam, supposely at 10. Sejam la sangat, arab ni mmg la.. sebenarnya nak dekat pukul 12 baru berlepas.

perjalanan semua okie. Fariez naik royal jordanian, itu je pun flight yang paling murah. tapi okie la, fariez puas hati je. sampai dekat KLIA around 6.45pm on the next day.pastu org tu inform kate kitorang punye baggage tertinggal dekat Amman. omg again? hahaha

Dulu pernah sekali luggage fariez tak smpai KLIA, tertinggaldekat kuwait. mase tu cuak kot! tapi kali ni, hahaha, fariez rileks je, tak risau langsung.sebab tak kemana lah, luggage tu,lepas buat report pasal luggage hilang, esok lusa sampai la.

Dekat KLIA mak dengan ebob dah tunggu. Fairuz pun ade sekali. :) Lepas solat, kitorang makan malam dekat food court, then terus balik perak. Masa nak gi kat kereta, fariez tanya fairuz die parking dekat mane, die kate dekat C3, oo sama, ebob pun parking dekat C3, sampai-sampai dekat car park, tengok-tengok ebob parking kereta betul-betul sebelah kereta Fairuz, what a coincident :)

January 24, 2012

Adakah kau lupa

Hari ni baca balik nota-nota isk. Berkongsi sikit-sikit dengan seorang ni.
Rasa rendah diri sebenarnya, sangat sedikit ilmu y frz ada.tapi Fariez kuatkan jugak hati,
sbb itu bukan alasan untuk kita tak menyampaikan.
walau pun sedikit.

yang bagusnya, diri ni lagi tersedar.Rasa macam menegur diri sendiri.
betulla apa orang kata, bila kita memberi, kita takkan pernah rugi.

Hidup ni ada dua je matlamat - beribadah dan jadi khalifah.
kenapa Fariez selalu lupa?

Astagfirullah.

January 23, 2012

Tak suka budak sombong tu.

Jangan belagak bila pandai. Allah tak suka.
Tengok macam Pah, Aimi..top scorer, aktif dalam kelas,
Rajin buat nota.. diorang tak pernah sombong pun.

January 22, 2012

Kasut baru

Fariez beli boot petang tadi. Fariez jenis memilih sikit kalau bab-bab beli kasut ni. Selagi tak betul-betul berkenan di hati, mmg takkan beli. Sebab tula fariez jarang sangat shopping kasut, kalau jumpe y betul-betul suka, memang akan terus beli.

So, al kisahnya, petang tadi balik dari beli groceries, singgah kejap kedai-kedai kasut. Nak tengok-tengok je kot, sekali jatuh cinta pulak dengan kasut ni. Terus la beli.

Gembira, walau balik dekat poket kosong. cukup-cukup je duit nak beli khusairi bi kibdah dengan duit tambang nak balik. hehehe. tak bleh blah. Ni la kasut tu.



tapi bile sampai rumah, jeng jeng jeng...


Baru perasan, pig lining T_T
Pig lining,dekat bahagian atas,tali dekat buckle dengan cover inner zip.
Entah apela yang sy fikir, saya pergi gunting cover zip tu. hehehe :P

Sekarang ni tengah pikir, nak buat ape dengan kasut ni.
Nak pakai haram, (haram memakai najis), nak jual tak sah,
nak pergi tukar dah di guntingnya. bijak-bijak.

Takde rezeki, nk try contact kawan-kawan non muslim la,
bali Malaysia ni boleh hadiahkan dekat diorang.


Ni inner side, dekat bahagian atas kasut tu najis kulit khinzir tersebut. sikit je yang fariez gunting. Kalau orang tak tahu, tak perasan kot. Sedih jugak, sebab selama ni tak pernah suka pun kasut boot, susah sgt nk jumpe y berkenan. Sekali dah beli, cenggini lak jadinya.

hasil tangkapan harini :


fariez beli stokin comel , beli cincin comel (apart of beg, i do love accessories <3 <3), beli keychain couple comel  (satu untuk pendrive baru sy, satu lagi nak bagi dekat murobi sy ) :)

ada la jugak bende yang mengembirakan



January 20, 2012

jatuh cinta dengan Hematology.

yeah! lagi seminggu nak balik Msia. Flight Jumaat minggu depan! macam tak percaya :)
First year waktu winter pergi Sinai, Tahun 2 join trip Luxor & Aswan, tahun 3 pergi Turky,
tahun 4, 5, 6 balik Msia je kerja. i love it to be like that :)

waktu tahun 4 tu, mula-mula mak cakap, tak payah lah balik, pergi la jalan mana-mana. Tapi bile dah dekat cuti winter, mak tanya, "Kakak dah beli tiket balik Malaysia ke?" kekeke. 

Flight malamjumaat, tapi pagi tu Fariez ada exam OSCE internal medicine-case: geriatric, endocrine, pulmonary & hematology. Thank god takde Rheumatology. Fariez tak suka buat muscle and skeleton examination. Eh tapi geriatric ade case osteoarthritis and osteoporosis maknanya kena buat jugak la muscle and skeleton examnination T_T!

Sekarang ni susah sangat nak study- kenapa ntah malas sangat!

padahal kalau dah start baca buku, rasa taknak benti baca. Tambah-tambah case hemato, semua pun menarik! sukenya case hemato. pulmonary pun best, tapi asyik deal dengan smokers je (lelaki) , asyik-asyik case COPD,balik-balik case COPD. so tak berapa suka sangat.

Selama ni fariez tak pernah minat medicine, i mean internal med. Tak suka. Maybe sebab dulu dapat 2 bulan dekat department Geriatric & GIT- tak menarik sgt. dapat resident doc yang tak berapa appealing. Life die nampak dull je. muka tak pernah happy. 

Dulu, ingat nak amik pead, bile blaja opthal, rasa nak futher opthal, lepas belajar derm, minat derm pulak. Sekarang suka hemato! :P

Doc hemato tu pesan, life gonna be tough when u choose medicine, but life must be go on. just enjoy it! Doc tu bagus gile, fariez kalau sakit kepala sikit pun, fariez akan tidur and left buku-buku aside. Tak kuasa nk baca buku waktu sakit kepala. Tapi doc ni, waktu die sakit teruk (prodrome hepatitis) die muntah-muntah, severely nauseated, asal baca buku je die tertido (severely lethargic) tapi die bangun basuh-basuh muka, sambung baca buku lagi, bila dia tertido lagi, dia bangun basuh-basuh muka, then start study lagi. OMG, sangat tabah!

Sy nak jadi macam dia!


January 15, 2012

The weight of world on my back

Semalam sedih gila, sakit hati jugak. Tapi fariez manage untuk tak nangis, nangis jugak sikit sbnrnya. tapi tak terukla

Fariez ni banyak kekurangan. Banyak sangat-sangat sampai kadang-kadang tu rasa stress. Tapi fariez cuba calm down kan diri, untuk terima kekurangan diri sendiri. Selalu sangat fariez ingatkan diri, manusia ni mmg tak sempurna. Baik diri fariez, dan orang-orang lain.

Nak hidup bahgia, kena belajar menerima kekurangan diri sendiri dan menerima orang seadanya. So, fariez sedang balajar ke arah itu.  (Seriuosly, datang mesir ni bukan nak belajar medic je, kat mesir ni fariez belajar nak uruskan diri, belajar bergaul dgn orang, belajar menguruskan duit,belajar masak.. senang cerita, datang mesir ni adalah peluang untuk belajar memperbaiki diri )

Ada ke orang yang taknak berubah jadi lebih baik? Mestila semua orang nak berubah ke arah kebaikan.Tapi nak berubah bukan senang.Tambah-tambah bila bende itu berkait dengan behaviour kita benda-benda yang kita dah terbiasa buat, attitude kita benda yang kita suka dan tak suka. Bukan boleh berubah sekelip mata!

Semalam, ada orang point kelemahan/kekurangan Fariez. katanya " kenapa awak taknak berubah?" Macam halilintar menembak tepat ke hati ini. OMG, so u are so perfectla, nak tegur saya macam tu?Kot ye pun, tak reti guna ayat yang elok? Sy cuba untuk berubah la ni.eei, geram je rasa, time tu rasa nk point out semua perangai dia yang tak masuk akal, yang teruk-teruk. but managed untuk simpan je dlm hati.

Anyway, terima kasih atas teguran itu.
Teguran yang membina sungguh *mata ke atas, tangan dekat dada*

P/s: kritikan mmg diperlukan, tapi pernah ke kita rasa sayang dengan orang yang selalu mengkritik, kita lagi sayang orang y terima kita seadanya.

P/s : Fariez pun selalu juga kritik orang, sbb tu orang tak syg fariez?


January 11, 2012

25

I'd always feel that there'll be a big changes in life when i'll reach my 25th birthday,hehe sekarang dah 25 tahun ade ke perubahan yang besar? :P

Turning 25 years old means i've got another one more year before i finish my degree.wehuu! Secara jujurnya, rasa macam lambatnya nak grad. Orang lain dah lama got their scrolls, dah kerja, sibuk outstation sana sini, dah ada kereta ada extra money pergi spa &  facial , some dah ada master and recently Mira msg kt facebook, saying that she going to UK sambung Phd, masyaAllah.

There's some particular things that i do regret, and also there's some things that i wish i could change but  i dont have rewind button to press on. not  even a pause or stop button. Tapi bila pikir-pikir, sebenarnya, i dont need pun the ability to go back in time :)  i dont need to correct anything that had happened in the past. Apa yang perlu Fariez buat, pandang ke hadapan kan dan jadikan kesilapan yang lepas sebagai guide line, and the fact that Allah actually had planned the best untuk hamba-hambanya buat Fariez rasa lega.

Sekarang Fariez taknak fikir banyak-banyak pasal benda yang dah lepas, taknak risau sangat pasal apa y akan jadi in the future,sebab semua Allah dah aturkan, semua adalah terbaik untuk Fariez.Fariez just kena usaha , usaha, dan doa.

January 07, 2012

sincerity

*senyum lebar*

*sengih-sengih macam kerang busuk*

dalam hati "Nikmat dunia sebenar adalah bila tenangnya hati"

" Bila tiada benci "  :))

January 04, 2012

wordless wednesday

 ni Johan, anak sedara Fariez. Rindunya dekat Johan.

January 03, 2012

go through stages


Sometime i need some spaces
but then you went away
yes, the space was granted,
but does it help?

continue reading



January 02, 2012

flexible and less stress

Pada tahun sebelum 1966,pakar thoracic masih mengunakan bronchoscopy kaku. Bronchoscopy kaku punya fungsi yang terbatas, bahagian bronchus dan ke bawah tidak dapat divisual kan. Namun begitu, Encik Ikeda yang berasal dari Jepun dengan motto  "there is more hope with the bronchoscope" telah mencipta fleksibel bronchoscopy. dengan berdiameter lebih kecil dan dengan kemampuannya untuk melentur 180 darjah membolehkan ia pergi lebih jauh ke dalam ranting-ranting bronchi. Bagus bukan?

Jika anda seorang doktor adakah anda akan terus membuang rigid bronchoscopy kaku dan hanya menggunakan bronchoscopy fleksibel untul memvisual bahagian-bahagian pernafasan?

Tidak, kita tidak perlu berbuat begitu, walau rigid bronchoscopy punya banyak limitasi, ia jugak punya kelebihan. Generalnya,untuk foreign body removal is best done by rigid bronchoscopy.

Actually, hari ni kami ada kelas procedure bronchoscopy.


Semua orang dapat cuba. Doc cakap senang je, tak cuba tak tahu kan. tapi bagi Fariez yang 1st time ni, Fariez takde la rasa senang,tersangkut-sangkut. :)



Dengar cerita, untuk sekian kalinya cuti pendek musim sejuk akan bertukar lagi. Ini adalah kali 3 ! wah, begitula suasana hidup berkerja dengan Arab. tiada yang tetap.

Jadi pengajaran hari ni, Kalau nak dikaitkan dengan kelas tadi :marilah kita jadi seperti  bronchoscopy, menjadi lebih fleksibel, fleksibel dengan sebarang perubahan. Lebih fleksibel lebih kurang tekanan. seperti tajuk entry hari ini, flexible and less stress. walau apa pun keputusan Doc Fathy nanti, kita terima dgn hati yang terbuka. (Jangan la siapa-siapa attack Effa (6th years student representative ), kesian Effa, banyak benda dia nak kena fikir.

P/s: Tapi jangan fleksibel dalam semua benda. Waktu bila kena sepatutnya kena rigid? fikir-fikirkan lah :)