Gambar sambutan hari guru 12 tahun lepas.. Fariez rasa ni la set-set yang bajet bagus, bajet otai masa sekolah rendah padahal sememeh je.(dlm gmbr skema! :) )
Anyways, Baru-baru ni, fariez called rumah tau, sembang-sembang dgn adek bongsu,kitorang panggil die Boy. Boy sekarang dah form 4, belajar dekat MRSM somewhere in Perak.Kakak dia la yang paksa dia msuk sekolah tu, bukan kemahuan dia. Dia lagi suka sekolah lama, Sekolah Agama Nazrin. Disebabkan kakak dia yang paksa, maka kakak rasa bertanggungjawab nk monitor study adek dia.
"Adek exam macam mana? Mak cakap ko fail sejarah?"
terus dgr die jerit-jerit marah kat mak, sbb bitau akak yang dia fail. Manja! dgn mak tak takut.
"mana ada fail Sejarah, mak silap la..adek fail Bio la " T__T lagi teruk!
Lepas tu adek bagi alasan, cikgu perempuan yang mengajar tu selalu masuk kelas asyik nak marah-marah je. Setiap hari ada je bende die nak marah. Lepas tu merajuk tak nak mengajar. Tak suka. Then mak fariez cerita, memang la.. cikgu tu pregnant, orang pregnant mmg la cepat marah-marah.
Lepas tu adek mmg kene berleter la dgn kakak dia.Fariez perasan je dia da bad mood bila Fariez marah-marah. Tapi gasak la, kalau tak nasihat, tak di tegur, Fariez jugak yang akan menyesal nanti.
Sebenarnya, waktu menuntut ilmu ni. Benda paling penting sekali ialah jangan mengata cikgu. Walaupun cikgu tu teruk ke, tak bagus ke , suka marah-marah ke. Diamkan je, buat tak tahu. Jangan bukak cerita pasal cikgu bercerita bende-benda tak elok pasal cikgu dgn kawan-kawan.Lepas tu kene elakkan dari pada sakitakn hati cikgu.Jangan nak salahkan cikgu bila tak faham dalam kelas.
Barula ilmu yang sampai berkat.
Kalau pandai cemerlang , tapi tak reti hormat cikgu-cikgu tak guna kot.
Sebenarnya Fariez rasakan Fariez dapat UPSR 5A, PMR 8A, SPM 10A1 adalah disebabkan doa-doa mak baba dan cikgu-cikgu. Apalah la sangat usaha kita kalau dibandingkan dengan usaha cikgu-cikgu yang mengajar.
Selamat Hari Guru buat semua guru yang menabur bakti kepada anak bangsa!
P/s : tau ke yang mana satu Fariez dlm gambar tu?
nampak tak kat blackboard tu, ade tulis Selamat Hari Guru it was my hand writting. not bad kan.