January 12, 2011

Sampai Syurga

Fariez sepatutnya teruskan membaca , memahami dan cuba mengingat fakta-fakta Obstretric and Gynecology yang masih berbaki 25 lectures.Rasa gementar dan risau menghantui setiap hari, tika bangun pagi."bila la nak habis semua nih? mampu ke nak habiskan?" tak kira lagi lectures surgery, pediatric, Neuro dan Psychiatric!Bertimbun! Lagi sebulan lebih nak final okie. "Layak kah aku untuk bersenang-senang ??"

Masa untuk menaip di sini pun fariez da mula berkira.Tapi untuk kali ini, Fariez janji akan habeskan sekurang-kurangnya dua lecture O&G lepas siapkan entry ni.Sebabnya, Fariez takut momentum yang fariez rasa akan hilang kalau ditangguh-tangguh.

Nak cerita pasal birthday sebenarnya :)


"Happy Birthday dear fariez! It's another yr celebrate ur bday.Pejam celik da 5 thn kita bersama2 kan.Eh dh 24 dh!Bila entah nk kawen ni? Fariez kita doakan awk cemerlang dn dipermudahkan dlm apa jua urusan..baik future karier or love life.kita nk belanja Cinnabon hr ni, free tak after Asar?"

Hai, org nak belanja takkan nk tolak kan.So we went to Cinnabon lepas asar.anywayyy, kawan frz tu siap jemput frz kat rumah tau.so sweet kan.fariez ni jenis cepat terharu sikit, rasa nk nges bila dilayan sebegitu.tapi fariez act normal aje.tak mahu di lihat labile.

Paling terharu, bila kawan fariez ni bagi wish, pendek dan ringkas je.."Semoga kita berkawan sampai ke syurga" Saat tu, satu perasaan aneh menusuk di kalbu tak mampu didefinasikan. Yang pasti saat itu hati ini betul-betul tersentuh. "tak penat ke berdepan dengan kerenah fariez yang berbagai sampai sanggup untuk bersama berkawan dgn fariez hingga syurga?"

Malam, sebelum tidur wish tu macam terngiang. lalu sebak menyelubungi. "mampu ke fariez untuk bersama-sama diorang di syurga?" Personally, terasa tidak layak untuk ke syurga.Jangan dicomparekan dgn sahabat-sahabat Nabi, nk dicomparekan dgn diorang pun banyak betul beza.

Mereka yang fariez kenal, sahabat yang manis dalam setiap ucapan, tak pernah ada nada tinggi dalam percakapan, sentiasa tampak kemas dan alegan tanpa mengadaikan aurat, tak lelah mencari ilmu dan antara student yang hebat, Tak lokek kasih sayang dan senyuman. Ibadah mereka juga tak kurang , kalau tak penat, pasti bangun awal untuk qiam. Muslimah yang patut dicontohi.

Malam tu, fariez nangis sepuasnya..syukur pada Allah dipertemukan dgn orang-orang seperti ini.Persahabatn ini adalah hadiah birthday yang tak ternilai. Semoga suatu hari nanti Fariez mampu untuk jadi seperti mereka , bersama-sama mengejar syurga. Amin.

3 comments:

ayesha said...

bestnya ade kawan macam kawan fariez tu :)

CONNIE said...

aye: ooh, actually, they happen to be your close friend jugak :)

NURUN said...

terharu jgk mbacanye~