September 30, 2011

lagu gembira on air

sy betul-betul hyper hari ni. terlebih gula i guess.

2 hari lepas adalah hari yang bahgia. Alhamdulillah. Hari ni laaaagi gembira :)
Benar sungguh kata-kata sang pujangga, hujan tak pernah berpanjangan.

eh, dah pukul sepuluh malam! ada date! :)

papai! 




September 28, 2011

mungkin kebetulan

bila kita teringat dekat orang tu, selalunya org tu pun tgh igt dekat kita? yeke?
susah nak percaya la, kalau betul pun,mungkin hanya kebetulan.

so ini cerita tentang kebetulan.

Weekend hr tu Fairuz datang Sitiawan ada kursus yang kena attend, petang Ahad sebelum Fairuz berangakt balik ke Shah Alam, singgah ke rumah Fariez untuk makan tengah hari. Langkah kanan Fairuz hari tu, sebab kebetulan jiran-jiran Fariez buat masak-masak dekat rumah. Masak tengah hari lauk kampung.Menunya: Nasi putih, ikan masin dan ikan goreng, sotong masak tumis, taugeh dan tauhu masak lemak, siap dengan kerabu mangga dan sambal belacan buah bacang.Memang best!

Lepas makan, kami duduk di ruang tamu sambil tengok album-album lama. Tengah selak-selak album tiba-tiba jatuh gambar yang terselit2 dr album tu.opss, gambar yang disorok! Fariez pun dah lupa kewujudan gambar- gambar tu. Cepat-cepat Fariez sorok balik! Takut kecik pulak hati Fairuz.Dia mintak nak tengok.

Gambar kawan lelaki waktu sekolah di Ahmad Boestamam, Fadli namanya. Sebelum dia pindah sekolah dia sempat bagi Fariez gambar tu . Untuk di simpan buat kenang-kenangan :) .itu  kisah 10 tahun yang lepas, hehe kelakar betul zaman kanak-kanak. Fariz ingat gambar tu dah terbuang atau hilang ke mana-mana,tak sangka pulak ada terselit2 dalam album.

Tengok-tengok hari ni, ada orang bg msg di Facebook, mintak izin nk add jd friend di facebook. Rupa-rupanya dia la org yang dalam gambar tu. tak sangka betul. lepas 10 tahun boleh berjumpa lagi. 

September 25, 2011

Sabar 50%

Weekend yang paling penat sepanjang cuti ni! (tak cukup tidur sbnarnya)
Banyak konflik dan drama, tapi alhamdulillah, lepas sudah. Alhamdulillah.

Sepatutnya malam ni Fariez bermalam di rumah Nani, dan spend masa dgn die esok. Tapi, itula, manusia ni,cuma mampu merancang. Kalau sudah ketentuanya tak ade jodoh untuk bertemu, buat la macam mana pun... Paksa jugak diri untuk terima kenyataan. Lusa Nani akan bertolak ke Ireland :( ni 1st time tak jumpe Nani langsung dalam setahun!

Padahal plan macam-macam.. nak pergi beraya di Penang,nak tangkap udang dan mandi sungai, Jalan-jalan ke Singapore, bercuti di Pangkor. Tapi akhirnya, jumpe pun tak sempat !

dengan Ika pun sekali je jumpe!OMG. itu pun sekejap sangat, pergi beraya ke rumah Emi (anak Perak) beraya dengan kawan-kawan SMAB yang lain pun tak. Tak tahu nak cakap mcm mana kat Ika.

Cuti ni, Fariez hidup dalam dunia sendiri. Tak contact orang sgt, yelah, hp habis bateri tak cas-cas. dah masuk 4 minggu dah tak guna hp (no celcom) satu hp lagi (no digi) tak top up pun, boleh call free kan, buat ape topup :P

Sedar tak sedar lagi seminggu lagi cuti nak habis!

banyak lagi bende tak settle tapi Fariez happy, sebab at least ade jugak progression :)
Semoga berjalan lancar semua yang dirancang, kalau ada dugaan n ujian, harap-harap hati ini sabar.

P/s : sangat banyak benda yang nak kena belajar ! Bab Sabar tak habis-habis lagi.



September 20, 2011

seminggu sudah

Da seminggu Fairuz warded, sian dia tau .. Alhamdulillah, sekarang die tak lagi duduk di bilik icu. walaupun dekat icu banyak nurse-nurse yang cun (hehehe) sy tau tak best kan. i guess Fairuz was admitted icu sbb  bloodpressure sgt rendah & severey dehydrated (bibir dia kering dan pecah-pecah) . Doctor cakap paru-paru dia masuk air. Lama jugak Fariez fikir apalah medical term untuk paru-paru masuk air.Nani cakap pneumonia la!

Bila a person kena denggi, diorang punya capillary permeability akan increase, cecair-cecair plasma keluar dan berkumpul di ruang pleura (tak tahu term bahasa melayu nye apa) sebab tu la patient akan dehydrated dan  hypotension /tekanan darah rendah. Very low blood pressure menyebabkan shock (Dengue shock syndrome) mortality rate adalah 50% kalau tak dirawat.bahaya kan!

Fairuz tanya Hematocrit tu apa? sebab dia dengar Doc cakap Hematocrit die sgt tinggi. Fariez cakap, maksudya darah awak pekat. Maksudnya bilangan redcell dalam darahnya tinggi, tak silap Fariez kalau disebabkan oleh dehydration, ia adalah false high hematocrit. Bilangan redcell dalam darah tak tinggi tapi cecair plasma yang berkurang.

Malam semalam Fairuz bagitahu dekat lengan dia ada tompok merah-merah kecik. Teringat dekat kelas Doc ada ajar macam mana nk bezakn insectbite dgn petichae. Apa lagi, fariez suruh la Fairuz test sendiri dekat lengan die tu.Fairuz ckp Bila bintik-bintik merah tu tak hilang sekejap lepas kita tekan dia. Mungkin itu adala petichae di mana salur-salur darah kecil bawah lengan dia pecah tambh pula platlet rendah.

Disebabkan Demam Denggi ataupun dengue fever bukanlah penyakit yang ada di Egypt, so kitorang blaja pasal denggi macam tu macm tu aje. Fariez tak tahu yang pesakit denggi tak dibenakan untuk gosok gigi.Tapi logik la kan, bila platelet (Agen pembeku darah) rendah even dengan mengosok gigi boleh menyebabkan pendarahan yang tak henti-henti.

Selepas seminggu ni, Fariez dah lega skit. Fairuz dah boleh ketawa bila org buat kelakar. Kalau tak.. entahlah, tak tahu nk ckp mcm mne. Fairuz mcm jd org lain. hehe waktu di icu hr tu, senyum pun tak. Depression mungkin. Lepas dapat pau kaya baru senyum sikit.(itu pun makan secubit dua)

Ayuh doa semoga Fairuz cepat sembuh. cepat-cepat dapat keluar dr hospital. Semoga dia tak benci hospital  dan tak serik nk dtg hospital.yelah hospital kan bakal menjadi rumah kedua bakal-bakal doc.

September 15, 2011

cepat sihat!

tak boleh nak lelapkan mata. teringat-ingat org kat sana.
harap-harap dia cepat sembuh,sihat macam selalu..


September 07, 2011

sepintas raya

Pagi tadi dekat Motivasi pagi,Ustaz tu cakap, raya kita sehari je. org Malaysia je yang raya sampai sebulan. hehehe. Selamat berhari Raya ke-7!












Tahun ni raya di Langkawi, kampung sebelah mak.Seminggu duduk kat sana. Meriah dengan makanan u olls. Sepupu Fariez sorang tu,sangat rajin memasak, masakan dia memang the best la.Ketupat palas ada,ketupat daun kelapa ada, nasi impit ada, rendang ayam dan daging dan yang special ada Somtam, dengan ayam kering makan sama pulut (makanan thailand)

Gambar abang takde, sebab die balik raya kedua,ni semua gambar-gambar hari raya pertama. Ala, ini aje pun gambar yang ada.Fariez asyik snap gambar Johan (anak sedara yang pertama) je. Nanti la Fariez rajin-rajin nak masukkan dekat blog gambar Johan.Johan sangat comel!

Raya ni, tahun 1st Fariez bersalam raya dengan mak tanpa menangis, tahan punya tahan hahaha, berjaya jugak. Tapi mak pulak yang menangis :P Tahun ni Fariez takde buat mak sedih macam tahun lepas. horey! Semoga tahun depan boleh jadi lebih baik, insyaAllah.

Hari Raya pertama, lepas solat sunat raya,aktiviti dari pagi sampai petang, menziarah family belah mak. Adek beradek mak anak sedara sepupu sepapat dia semua tinggal dekat Langkawi.kekasih lama mak pun ada dekat Langkawi ni.opss :P

Sekarang orang sibuk ber-open house & kenduri kawen. Pesanan Fariez satu je,jaga makan. Takut lepas raya terlebih berat badan pula :)


September 06, 2011

Eid Fitri

ade sape2 ke singgah blog ni?

Selamat Hari raya untuk yang singgah,
Mohon Maaf seikhlas hati.
Haih, singgah blog ape dapat..
singgah la rumah, kuih raya bnyak lagi ni :)