"Dia tak pernah buat salah dengan Fariez pun, kitorang cuma kawan, kawan yang rapat jugak.Cuma nya, apa yang die buat (behaviour) tak sedap betul mata memandang, at least mine.Fariez rasa macam "uh teruknya aku ni,apsal selalu je nampak kesalahan dia?"
was taken on December 07, Port Said street, Alexandria |
Nawwar cerita pasal Jasad dan Roh. Setiap individu terdiri daripada jasad dan roh, dan setiap individu adalah bertanggungjawab menjaga hak-hak jasad dan roh.Itulah pertama kali fariez dgr dgr kisah roh dan jasad..
Hak-hak jasad macam, makan..minum, mandi,dan berhibur. Kesihatan juga salah satu daripada hak jasad.kalau sakit pening, kita cari ubat atau jumpe Doc, ambil multivitamin, bersukan.
Ape pulak hak-hak roh yang kita dipertanggungjawabkan?
Nawwar cakap, sering antara kita melupakan keperluan menjaga roh. Roh kata nawwar, perlukan kita solat, berizikir dan melalukan kebaikan.Ubat dan makanan rohani adalah perkara-perkara yang bersifat ketuhanan. kurangnya perhatian terhadap roh, menjadikan roh kita, kurus kering dan terbiar.
waktu tu fariez, terbayang satu imej manusia yang tua, kurus,busuk dan tak terurus. macam tu ke keadaan roh yang tak dibela hak nya?? tapi tak terkeluar untuk bertanya pada Nawwar.
Dalam keadaan semua orang diam dan mengangguk-angguk tanda faham,Nawwar meneruskan cerita,kata Nawwar konsekuennya, bila jasad nampak gah, tapi bertemankan roh yang terseksa.. mulala kita rasa empty, buat apa pun serba tak kena, rasa ada saja kekurangan...
Teringat kisah ni, sebab di ketika ini, fariez rasa kosongnya hidup, lemau betul rasa.
Masa betul-betul lapang..tanpa perlu pergi ke kuliah, tanpa rutin harian yang tetap, bangun nk tidur balik tak apa. tiada aktiviti yang khusus untuk rohani..at least dekat university, ada jugak masa membaca, tuntut ilmu, paling koman dengar jugak nasyid -nasyid.. kat rumah.. wa~ lemau habis! T_T
Hati tak tenang beb, sikit hal pun nk dibesar-besarkan.kesalahan orang nak nampak aje. ni akibat lalai jaga rohani la agaknya.