May 18, 2011

End of Opthal

hoyeah hoyeah. Da abes mid term Opthal!






(takyah baca yang bawah-bawah ni,takde pekdah untuk korang pun)

Sebelum exam takde la concentrate on study je.maen je game, tgk cerita, tido, jalan-jalan. Cumanya bila da habis exam boleh buat semua aktiviti tu dgn senang hati tanpa rasa bersalah.yeah! Selalu lepas exam mesti ada plan keluar makan, tapi exam kali ni tak plan pape.Fariez fikir nak duduk rumah berlatih jd houswife je kot. huahua.

ye ye je kan.. bila exam da habis, sibuk-sibuk nak ikut Tkay pergi Carefour. Padahal dalam poket ada bape keping je la duit 5 pound.Takpe kat carefour kan ada ATM kata hati. Nasib Fariez tak ikut kata hati.. last-last decide balik rumah jela, save duit.. takpun pergi rumah Sab.tgk ikan-ikan diorang. Dgr kate, sekarang diorang da aktif berkebun pulak.

Tapi last-last Fariez tak balik rumah pun, called Liza pastu Liza ajak makan dekat Kafe Asrama Mara. Wohoo~ ada ABC! Mana nak cari ABC dekat mesir? Di pendekkan cerita ondaway nk pergi Kafe tu jumpe Hani. Gembira.. i mean.. macam dulu-dulu.. lepas exam selalu hangout sama-sama. (Hani, Nana, Liza n Bob).
So Fariez rasa mcm, canteknya perjalanan hidup kita yang Allah da tentukan.

Sampai dekat Kafe tu , Nana ade sekali kat sana.End up, kitorang lunch bersama-sama. Sweet tak?hehe.

Jumpe Nawwar dgn Ona juga. Happy dapat jumpe housemate lama,(sarah je takde)..kongsi-kongsi cerita. Rindu laa kat diorang. aish.

Ona cakap, oh frz buat redvelvet eh, ona baca kat blog.Kalau takde org nak mkn, Ona ade je :) Masa ona ckp tu, Fariez rasa macam.. Hua~ Hari tu kek velvet Fariez tak larat nak habiskan, housemate Fariez pun sama. ( Azzah pun buat cake jugak : Carrot cake) Memang da terigat nak pergi rumah Ona nak hantar redvelvet tu.Serius! nyesal tak pergi je rumah Ona!

Fariez masuk dalam tupperware kek tu, bawak pergi rumah Bob je.Ada banyak lagi kat rumah. tak tahu nk kasi sape.boleh?

Tiba-tiba kan masa sembang-sembang, dapat sms dr Tkay. "Kak Fariez, hari ni ATM lapaa, dia makan (telan) card orang! " Gosh, alhamdulillah fariez tak ikut pergi carefour, kalau tak nak buat apa kat carefour dgn poket kosng. Bayar teksi pun tak lepas.




May 16, 2011

Penari zapin - anak didik Cikgu Hamdan


Gambar sambutan hari guru 12 tahun lepas.. Fariez rasa ni la set-set yang bajet bagus, bajet otai masa sekolah rendah  padahal sememeh je.(dlm gmbr skema! :) )

Anyways, Baru-baru ni, fariez called rumah tau, sembang-sembang dgn adek bongsu,kitorang panggil die Boy. Boy sekarang dah form 4, belajar dekat MRSM somewhere in Perak.Kakak dia la yang paksa dia msuk sekolah tu, bukan kemahuan dia. Dia lagi suka sekolah lama, Sekolah Agama Nazrin. Disebabkan kakak dia yang paksa, maka kakak rasa bertanggungjawab nk monitor study adek dia.

"Adek exam macam mana? Mak cakap ko fail sejarah?"

terus dgr die jerit-jerit marah kat mak, sbb bitau akak yang dia fail. Manja! dgn mak tak takut.

"mana ada fail Sejarah, mak silap la..adek fail Bio la " T__T lagi teruk!

Lepas tu adek bagi alasan, cikgu perempuan yang mengajar tu selalu masuk kelas asyik nak marah-marah je. Setiap hari ada je bende die nak marah. Lepas tu merajuk tak nak mengajar. Tak suka. Then mak fariez cerita, memang la.. cikgu tu pregnant, orang pregnant mmg la cepat marah-marah.

Lepas tu adek mmg kene berleter la dgn kakak dia.Fariez perasan je dia da bad mood bila Fariez marah-marah. Tapi gasak la, kalau tak nasihat, tak di tegur, Fariez jugak yang akan menyesal nanti.

Sebenarnya, waktu menuntut ilmu ni. Benda paling penting sekali ialah jangan mengata cikgu. Walaupun cikgu tu teruk ke, tak bagus ke , suka marah-marah ke. Diamkan je, buat tak tahu. Jangan bukak cerita pasal cikgu bercerita bende-benda tak elok pasal cikgu dgn kawan-kawan.Lepas tu kene elakkan dari pada sakitakn hati cikgu.Jangan nak salahkan cikgu bila tak faham dalam kelas.

Barula ilmu yang sampai berkat.

Kalau pandai cemerlang , tapi tak reti hormat cikgu-cikgu tak guna kot.

Sebenarnya Fariez rasakan Fariez dapat UPSR 5A, PMR 8A, SPM 10A1 adalah disebabkan doa-doa mak baba dan cikgu-cikgu. Apalah la sangat usaha kita kalau dibandingkan dengan usaha cikgu-cikgu yang mengajar.

Selamat Hari Guru buat semua guru yang menabur bakti kepada anak bangsa!

P/s : tau ke yang mana satu Fariez dlm gambar tu?
 nampak tak kat blackboard tu, ade tulis Selamat Hari Guru it was my hand writting. not bad kan.






May 14, 2011

Red velvet Cake







Mula-mula Fariez suka kek ni sebab colour dia merah (fariez suka merah). Tapi sekarang Fariez suka kek ni sebab rasa dia. Bau die waktu panas-panas..pastu combination kek dgn chessee frosting.Sempurna! (Perfect)

P/s:Rasa nak buat kek lagi. tapi sape pulak la yang nak makan kek banyak-banyak kan.

May 11, 2011

berkawan



Pernah suatu hari dulu (masa Fariez rajin beli readers digest 2 3 tahun lepas ) ada satu topik ni pasal living healthy.Ala,to be exact mainly cerita pasal diet. Pasal pemakanan seimbang,macam mana nak kurus. Menarik kot. Ah tipula kalau ada perempuan yang tak berminat pasal diet.well, wanita kan such an insecure creature. selalu dibelenggu insecurity....uh

anyways,Fariez nk recall pun tak igt banyak, tp Fariez igt ada satu point ni. Dalam RD, die kata.. Kalau org tu gemuk,kawan-kawan dia juga bersize yang sama. sebab katanya, kawan-kawan mempengaruhi lifestyle kita. contoh suka makan luar bersama-sama. Maka sama-sama gemuk.Fakta ni Fariez share dgn kawan rapat fariez 2 3 tahun lepas. Dia juga berbadan agak besar.

Hari ni dia igtkan balik Fariez pasal fakta tu.tapi dimodify sikit soalannya.

"igt tak, awak pernah cerita pasal kawan gemuk, nanti kita pun ada tendency untuk jadi gemuk? Selama 5 tahun kenal saya, apa yang awak dapat daripada sy?" lebih kurang la soalan dia.Adakah Fariez da gemuk?

Terdiam sekejap Fariez. Terus terigat waktu pertama kenal dia, kalau nak dihitung sampai  ke hari ini.wah,banyak kot bende yang Fariez dapat/belajar darpada dia. Salah satunya bersedekah Al-fatihah buat keluarga dan kawan-kawan.Die selalu buat macam tu, bila terigat dekat mak abah atau kawan-kawan yang laen, dia akan sedekahkan fatihah untuk diorang.

Fariez pun tiru, buat bende yang sama. Sedekahkan Fatihah selalu buat Mak, Baba, adek beradek dan kawan-kawan yang lain.(Bukan bila orang da meninggal dunia baru kita nak sedekah Al-fatihah) Benda yang nampak simple.Banyak lagi perkara-perkara lain yang dia buat yang secara tidak langsung buat kita rasa nak buat jugak bende tu.Dalam tak sedar selama ni dia adalah role model buat Fariez.

Lalu terfikir..

Kawan betul-betul mempengaruhi kita.Sama ada dia gemuk dan kita turut sama-sama jadi gemuk, atau dia berperwatakan yang molek lalu kita memilih untuk menjadi baik . Itu pilihan sendiri. Yang pasti, jika benda burukla yang kita tiru/terikut-ikut yang salah bukan orang laen. yang salah adalah kita.

Dan dalam masa yang sama kita pun taknak jadi Role Model yang salah.kan.

May 08, 2011

Self-advise.

Hye Farieza Jaafar. Ini Nasihat untuk kamu:

Look bad. Take a risk. Lose Face. Be yourself. Share yourself with someone.
Open up.Be vulnerable.Be Human. Leave your comfort zone.Get Honest.
Experienced the fear.Do it anyway!