Showing posts with label just thought. Show all posts
Showing posts with label just thought. Show all posts

June 29, 2012

renyuk dan hancur

pernah sy rs hati sy renyuk..
mungkin hati sy di buat dari material y mudah renyuk?
kertas barangkali?

dulu hati sy pernah hancur dan berderaian.
itu sifat kaca, hati  sy dibuat dr kaca?

histologically, hati terdiri dari sel-sel terus membentuk soft tissues,
bukan ke soft tisue kalis renyuk dan tidak hacur?

macam mana kalau hati rs panas dan terbakar?
panggil bomba ?




June 28, 2012

sejenak melayan perasaan


Kenangan tinggal kenangan.
pastinya y indah terpahat, kekal sampai mati.y pahit fariez susun2 ke tepi.
Semampunya, bila sampai bab hati dan perasaan fariez akan cuba elak.
Semampunya..
sudah-sudahla kan..molek benar kalau pandangan y kita punya ini
dilontar ke hadapan. iyalah, apa adanya.

#pic: 1st reunion 505,tahun 2006 at midvalley pizzahut

June 24, 2012

Mabrouk Dr Morsy

Petang tadi betul2,berdebar menunggu keputusan pilihan raya Mesir.Siapa y tak berdebar.Ini titik tolak y penting dalam Islam.Seriously Dr Morsi kena menang. Dalam debaran itu, sibuk je bukak website, update  itu ini.

Oh lagi 30 min lagi sebelum pengumuman! Apa kata.. apa kata, kite baring kejap.. Sambil-sambil baring, dalam hati tak henti mendoakan semoga kejayaan milik Dr Morsy.Mata wajib la tertutup kan, konon feeling cett, sekali tertidur. T_T nyenyak pulak.

terlepas sudah, pengumuman live kemenangan Dr.Morsy. 

Terjaga, pukul 5, itu pun sbb fairuz call bertubi-tubi. excited la tu nk bitau kat org, presiden baru Mesir.
Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Syukur pd Allah. (sape y tak buat sujud syukur lg sila berbuat demikian)

Fariez ni jenis hati cepat tersentuh sikit, kalau tengok iklan Milo pun boleh bergenang air mata sbb terharu. Sebut jela semua iklan2 yang mana ada anak-anak berjaya & ibu bapa tersenyum macam iklan biskut tiger tu kan,mmg tacing la.mula la rs sebak, air mata bergenang.. overkan sy. tapi yeah, that's me.

Bila bukak je fb penuh timeline dgn berita kejayaan Dr morsy- terus sebak. *kesat air mata*
Allahuakbar..Ini janji Allah, Islam pasti tertegak satu hari nanti.
Rasa bodoh jugak, sebab before ni tak doa banyak2 lagi untuk kejayaan Dr Morsi.
Bodoh sbb tak 100% yakin Dr Morsi akan menang, kenapa ade sekelumit rasa takut ?
Bukan sepatutnya kena yakin ke?

Ini pengajaran untuk Fariez, kena sentiasa tingkatkan doa. (doa kan senjata kita)
dan kena yakin 100% y Allah akan makbulkan doa!

Hait!* semangat*

Papehal, mabrouk Ejipsi! Mabrouk!

p/s: terikan suara kegembiraan, dgn bunyi hon masih kuat kedengaran dekat luar, buat pertama kalinya,jiwa ini rasa tenang dgr bunyi hon tanpa henti.

January 11, 2012

25

I'd always feel that there'll be a big changes in life when i'll reach my 25th birthday,hehe sekarang dah 25 tahun ade ke perubahan yang besar? :P

Turning 25 years old means i've got another one more year before i finish my degree.wehuu! Secara jujurnya, rasa macam lambatnya nak grad. Orang lain dah lama got their scrolls, dah kerja, sibuk outstation sana sini, dah ada kereta ada extra money pergi spa &  facial , some dah ada master and recently Mira msg kt facebook, saying that she going to UK sambung Phd, masyaAllah.

There's some particular things that i do regret, and also there's some things that i wish i could change but  i dont have rewind button to press on. not  even a pause or stop button. Tapi bila pikir-pikir, sebenarnya, i dont need pun the ability to go back in time :)  i dont need to correct anything that had happened in the past. Apa yang perlu Fariez buat, pandang ke hadapan kan dan jadikan kesilapan yang lepas sebagai guide line, and the fact that Allah actually had planned the best untuk hamba-hambanya buat Fariez rasa lega.

Sekarang Fariez taknak fikir banyak-banyak pasal benda yang dah lepas, taknak risau sangat pasal apa y akan jadi in the future,sebab semua Allah dah aturkan, semua adalah terbaik untuk Fariez.Fariez just kena usaha , usaha, dan doa.

January 02, 2012

flexible and less stress

Pada tahun sebelum 1966,pakar thoracic masih mengunakan bronchoscopy kaku. Bronchoscopy kaku punya fungsi yang terbatas, bahagian bronchus dan ke bawah tidak dapat divisual kan. Namun begitu, Encik Ikeda yang berasal dari Jepun dengan motto  "there is more hope with the bronchoscope" telah mencipta fleksibel bronchoscopy. dengan berdiameter lebih kecil dan dengan kemampuannya untuk melentur 180 darjah membolehkan ia pergi lebih jauh ke dalam ranting-ranting bronchi. Bagus bukan?

Jika anda seorang doktor adakah anda akan terus membuang rigid bronchoscopy kaku dan hanya menggunakan bronchoscopy fleksibel untul memvisual bahagian-bahagian pernafasan?

Tidak, kita tidak perlu berbuat begitu, walau rigid bronchoscopy punya banyak limitasi, ia jugak punya kelebihan. Generalnya,untuk foreign body removal is best done by rigid bronchoscopy.

Actually, hari ni kami ada kelas procedure bronchoscopy.


Semua orang dapat cuba. Doc cakap senang je, tak cuba tak tahu kan. tapi bagi Fariez yang 1st time ni, Fariez takde la rasa senang,tersangkut-sangkut. :)



Dengar cerita, untuk sekian kalinya cuti pendek musim sejuk akan bertukar lagi. Ini adalah kali 3 ! wah, begitula suasana hidup berkerja dengan Arab. tiada yang tetap.

Jadi pengajaran hari ni, Kalau nak dikaitkan dengan kelas tadi :marilah kita jadi seperti  bronchoscopy, menjadi lebih fleksibel, fleksibel dengan sebarang perubahan. Lebih fleksibel lebih kurang tekanan. seperti tajuk entry hari ini, flexible and less stress. walau apa pun keputusan Doc Fathy nanti, kita terima dgn hati yang terbuka. (Jangan la siapa-siapa attack Effa (6th years student representative ), kesian Effa, banyak benda dia nak kena fikir.

P/s: Tapi jangan fleksibel dalam semua benda. Waktu bila kena sepatutnya kena rigid? fikir-fikirkan lah :)

December 12, 2011

Good intentions are never enough

sy terigt tahun lepas, kami melawat elderly house, Doc hisham yang bawak kitorang. we were very excited  to have that trip it shows on our faces. biasalah, terlepas dari kelas, siapa yang tak gembira. Happy-happy jugak, but deep inside,i have a mix feelings.well, anyway..

What i want to highlight is, last time, during the eldery house visit, there was Doc Hisham with his sweet reminder . Apa yang dia buat? He asks us to close our eyes and insists us to make a second thought of good intentions. what your intention coming to this elderly houses?

so , yeah, what was your intention of  going to El-Hanan?

                 





August 09, 2011

Great People Sleep Less?

So sekarang 5.21 am.

Sepatutnya Fariez tido skng. sebab semalam tido lewat pukul erm 1 pagi mcm tu (tertido sebenarnya) pukul 3 dah bangun semula untuk sahur dan aktiviti sewaktu dengannya. tweeting termasuk sekali.dah 2-3 hari mcm ni.

Sepatutnya tido pukul 11 mlm, bangun pukul 3 pagi, sahur dan kemudian sambung tido lagi.Ini for the sake of tido yang cukup. Lepas SPM. Fariez sangat particular pasal tido.I need at least 4 hours of undisturbed sleep.If ada org kacau, i'll take another cycle of 4 hours sleep again. Over kan.

Sebab dah serik, masa form 4 n form 5 selalu stay up gila-gila, sampai subuh.Energetic je masa study, sbb mmg semangat study. Tambah-tambah ada geng. Geng ABC yang difitnah selalu stay up malam-malam n buat ketupat(if only u understand what ketupat means). mulut jahat mana ntah y buat cerita! Padahal kitorang study kot. anyway, maybe sbb doa-doa org teraniaya ni Allah makbulkan we got straight As instead.Alhamdulillah. Eceh. mengimbau kenangan pula.

Tapi mmg terigt pun kat kat Taiping, pagi-pagi waktu mcm ni. Sejuk. Fariez punya bilik tingkat atas. tapi tak tahu la kenapa kalau stay up duk dekat floor bawah (surau floor bawah) sampai Nani pun merajuk,Sbb frz tinggalkn die study sorang-sorang dekat atas :P . port study, meja menghadap tingkap yang nampak hutan-hutan.Tak ramai y mampu bertahan stay up sampai pagi, tapi ramai yang bangun pagi-pagi untuk study.

ah, itu cerita lama.Fariez sbnrnya terpengaruh dgn artikel dekat sekolah, ada tampal board tangga between Koop n Pejabat (Ahmad boestamam). Ada satu artikel pasal tidur. Dia cakap tidur tak semestinya cukup 6-8 jam (like what i used to believe) It's all depends on the person her/himself, if u are a growing baby, yes u need extra sleep. Ada yang cukup je tido for 4-5 hours and it's more than enough.Not that inspiring me to stay up. but later in the article.

It was mention that many great people in the world sleep lesser than a normal person used to. and because of their real enthusiasm toward things that they've been doing  some of them were staying awake for even days. to mention some name: well, i barely can recalled the names, but Frz igt ada gmbr  Albert Einstein & Sir Isaac Newton together with the article.

So that makes me thinks, if i'm enthusiastic enough towards the subject, i may end up reading/studying it for hours not to fear of losing focus or get bored of it. It's logic to me at that particluar time la. Fariez masa tu form 1.hingusan lagi, but i tell ya my ambitions were HUGE !

ikut kira-kira Fariez masa tu, if tido 7-8 hours per day, 56jam.maka dalam seminggu adalah 2 hari lebih kau tido aje. kalau tido 4 jam only, i'm going to have an extra one day. Logik? Logik pada akal Fariez.so i did practice doing that, sleep less than a normal person.and i've been an extraordinary once. Nak tahu what i get out of that?

Best student untuk 2-3 subjek.1st place dalam class straight 3 tahun.more? 1st place dalam batch  masa form 1 while 2nd dalam batch during form 2 and form 3. ( it was a handsome Indian boy who took my place) i was his big enemy since then.haha. He's doing medic jugak. uh, macam korang kesah.

Anywayy, the biggest success masa tu, bila fariez was awarded as a best student peringkat daerah Manjung (untuk sekolah harian) :') of course ramai lagi yang cemerlang, far better than me from sekolah berasrama. Pelik jugak.may be i've extra sport activities kot, netball here n there, kumpulan nasyeed sekolah,melukis for anti dadah every year, lontar peluru & rejam lembing , yeah maybe that's why. or maybe I was just lucky. Not? Allah know best.

But the down side of it, i'm not good in socializing with people. i don't know how to entertained people or make friends.Jarang sangat hangout, outing sama-sama dengan kawan. I care more bout myself, i dont bother myself to wait for others. Pergi dewan makan sorang-sorang pun tak kisah. senang cerita i'm leaving i'm own life. ada jela, kawan tapi tak macam isi dengan kuku.oh ya. Asmaliza n Azulainey study group dgn Fariez. They help me so much.

Nah, itu cerita klasik. Ada apa dengan barang y lepas?

Sekarang i'm living more or less a normal life. like majority of community did. Study when i feel like studying, or study when the subject caught my interest, study when exam is just near the corner. Watch movie, RM ,drama, when i feel like doing so, blogging, blogwalking & tweeting when im boring, did some religious & motivational reading in between. Sometimes i play games to kill the times and i'm on skype most of time.Make friends, pastu hangout & go shopping if i've extra money.The upmost important thing is i've a proper sleep (with light off ).

So kalau orang cakap, belajar medic tak cukup tido.Sure, I've no objection against that fact, tapi me myself to be very honest, for the past (almost) 5 years, i had enough sleep and even (most of the time) terlebih-lebih tidur..Lemak betul saya ni. (tipu la kalau cakap tak myesal, jeles (sikit) dengan org y mantob gila study pagi ptg siang malam (housemate sy le tew). but yeah, this is what i choose.

Sequale nya tak tahu la bagus ke tak life macam ni.For the time being it's STRESS-less.
but it's not so PRODUCTIVE as well.Dalam 24jam sehari nak dibahagikan dengan semua macam kerja,(kerja?) berapa sangat lah masa yang tinggal untuk study?

wah, panjangnya  type. tak sedar okie. Konklusinya, I need my beauty sleep like right now!! (since fariez baru tidur 2 jam).

Taa Darling~

August 05, 2011

Of Ramadhan

kalau lah blog ni umpama diari, mesti da penuh berentry-entry cerita fariez tulis. Semua cerita gembira, suka,cerita kejayaan, harapan, sakit hati, benci, kecewa mengisi ruang blog ni. Mungkin boleh tulis semua bende lepas privatekan blog. Nak privatekan blog ni soon.or mungkin blog ni akan ditinggalkan dan berupdate dan Fariez buat blog baru. tengoklah macam mana.

Bulan Puasa orang selalu cakap banyak dugaan.. kalau nak pikir dugaan makanan, eleh apa la sangat. Fariez bersyukur jugak la,sebab sekarang ni takde nafsu nak makan sangat. Berbuka takat masak simple-simple pun dah gembira .Kalau kat Malaysia, semua jenis air kalau boleh nak beli, air tebu, air cendol, soya, air kelapa, Milo ais.semua pun nak beli. Kuih macam-macam jenis, paling2 mesti ada murtabak, karipap, popia.

sekarang rasa sgt bersyukur semua benda tu takda, no such things as bazar ramadhan dekat Mesir.Lalu nafsu makan  lebih terkawal dan berat badan jugak. Alhamdulillah.

Setakat hari ni, setiap hari Fariez bangun sahur.bangun sahur sendiri dan bersahur pun sendirian. Housemate fariez semua jenis tak bersahur. kuat betul diorang, tapi rugila, bersahur kan dapat pahala.Paling-paling pun bangun untuk minum air dan makan sebiji kurma.Bangun sahur awal sikit sempat la nak buat solat sunat.Kalau orang-orang y ada jemaah mungkin la selalu Qiam. Fariez bila kira bape kali je bangun untuk solat sunat tgh malam. Sorang-sorang mmg tak kuat. Tapi bila ramadhan macam takda alasan je kalau tak solat sunat.

Sebab tu selalu rasa berdebar-debar setiap kali datang Ramadhan.takut jadi orang yang rugi, takut ramadhan berlalu tanpa kesan. Takut kalah dengan diri sendiri. Sebab before ni , kalau tak kuat mungkin la sebab terhasut dengan bisik-bisik syaitan, sekarang kalau malas, kemalasan itu la diri kita sebenar.  Malu kan..Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah.

Tahun ni berazam nak khatam dua kali. Tapi hari ke 5 puasa, baru berapa juzu' je y sempat baca. Sedih :'( Penat Fariez pikir macam mana orang boloeh khatam 2 3 kali.Fariez rasa mcm tak mampu je. Semalam tido dalam perasaan kecewa dan sedikit putus asa. Mimpi pulak dasyat-dasyat. Kuat betul pengaruh perasaan dengan mimpi.

Ramadhan kali ni, banyak spend masa dekat rumah je. Alhamdulillah untuk tu, kurang lagi dugaan. Takde la berpeluh menahan bahang ala-ala padang pasir. Duduk dalam bilik berkipas lagi. Tapi dugaan lain pulak.. nak study...oi, bukan main susah.

Oh ya, mak pun senasib dengan Fariez. Bersahur sorang-sorang. berbuka pun sorang-sorang. Sebak betul hati dengar. Mak memang la buat mcm tak kisah je.tapi kita yang dengar ni. luluh hati kot. Fariez bukan lah anak baek sgt selalu buat mak susah hati,adik-adik pun tak puas hati dengan fariez, tambah-tambah pasal kes nak kawin.ntahla. tapi bla jadi mcm ni fariez rasa geram pun ada. Kak idah tengah cuti, kenapa tak balik temankan mak dekat rumah? Mak kata, semua kan da besar, mak pun taknak paksa-paksa balik rumah.

Laju je Fariez cakap, "kalau mcm tu, kakak tak nak balik la cuti ni" dengan nada bergurau.

"Eleh, dekat mata tu da terbayang-bayang Malaysia.. Taknak balik konon. Mak dengan Ebob amik dekat KLIA nnt..."

July 02, 2011

jadi objek itu yuk!

Wehhuu! Sudah Julai!

sesiapa yang nak kawen bulan 9, maka tinggal 2 bulan untuk siap-siap. Goodluck! (dalam hati :huwaaa, tuhan aje la yang tahu, and siapa-siapa yang tahu. tahu-tahu sendiri jela) hahaha.

Again, takde topik nak type. macam la selalu ade main topik?? well, memang selalunya ada topik y spesifik.like daaa? Selalunya ade isi tersirat yang nak di sampaikan dalam setiap post untuk yang memahami la kan. Tapi bukan untuk kali ini, dan tiada jaminan entry post yang akan datang untuk menjadi lebih ilmiah.

Ekoran stress yang dialami sejak dua menjak ni saya menjadi sedikit weng.Alhamdulillah masih lagi dilindungi Allah daripada rasa putus asa. Itu ajela yang saya doa setiap hari pun. Jauhkan Farieza dr rasa putus asa, berikan Farieza kekuatan.

Kalau nak dianalisiskan apakah yang mendatangkan stress..boleh penuh satu kertas kajang (dengan tulisan besar tulis guna marker pen) kalau tulis guna pen zebra tak sampai pun. adela 5 6 baris jee.Tak banyak pun masalahnya, tak sebesar mana nak dicomparekan dengan erm... dengan sesiapa2 aje la. Dan semua masalah-masalah  tersebut datangnya dari diri ini juga.Yup persepsi diri saya y menerima semua itu sbgai masalah. Dengan itu, jalan penyelesaian nya adalah mudah.Berbaliklah semula kepada diri, tukarkan persepsi.

Kadang-kadang rasa macam nak cipta satu objek yang boleh memantulkan kelemahan dan kekurangan diri luar dalam. Objektifnya supaya ternampak kelemahan sendiri lalu mendatangkan rasa rendah diri.Supaya lebih sedar diri.boley? Semoga mampu di- make up kan jadi cantik. cantik budi pekerti.

Objek ape je la yang punya sifat memantulkan? Kalau cermin, mampunya hanya memantulkan cahaya.Hanya zahir yang terpantul ke mata lalu ditafsir sel-sel otak.Bukan itu yang Fariez nak.Fariez nak benda yang memantulkan apa yang kurang dalam amalan hari ni yang buat hati murung. Apa salah yang Fariez buat hari ni yang buat hati betul-betul kacau. Apa kata-kata yang Fariez lontarkan yang buat mereka rasa jauh dr Fariez.

Akhir sekali bila dipikirin sudah bertemu solusinya.
Objek itu adalah Diri sendiri. Dengan cara bermuhasah.ye saya adalah objek itu!
Saya kena usaha sendiri menganalisis hari-hari, lalu pantulkan di skrin minda untuk di betulkan mana salah silapnya.Betei, semua nya diri sendiri :)

Surah Ar Ra'd, ayat 11.

Hidup ini tak ada jalan pintas. lupa?

(Weng:kali keberapa ntah tak tido sampai pg untuk sem ni,teringin nk minum coffee. tapi ni la masalahnya tak boleh tido!)

May 11, 2011

berkawan



Pernah suatu hari dulu (masa Fariez rajin beli readers digest 2 3 tahun lepas ) ada satu topik ni pasal living healthy.Ala,to be exact mainly cerita pasal diet. Pasal pemakanan seimbang,macam mana nak kurus. Menarik kot. Ah tipula kalau ada perempuan yang tak berminat pasal diet.well, wanita kan such an insecure creature. selalu dibelenggu insecurity....uh

anyways,Fariez nk recall pun tak igt banyak, tp Fariez igt ada satu point ni. Dalam RD, die kata.. Kalau org tu gemuk,kawan-kawan dia juga bersize yang sama. sebab katanya, kawan-kawan mempengaruhi lifestyle kita. contoh suka makan luar bersama-sama. Maka sama-sama gemuk.Fakta ni Fariez share dgn kawan rapat fariez 2 3 tahun lepas. Dia juga berbadan agak besar.

Hari ni dia igtkan balik Fariez pasal fakta tu.tapi dimodify sikit soalannya.

"igt tak, awak pernah cerita pasal kawan gemuk, nanti kita pun ada tendency untuk jadi gemuk? Selama 5 tahun kenal saya, apa yang awak dapat daripada sy?" lebih kurang la soalan dia.Adakah Fariez da gemuk?

Terdiam sekejap Fariez. Terus terigat waktu pertama kenal dia, kalau nak dihitung sampai  ke hari ini.wah,banyak kot bende yang Fariez dapat/belajar darpada dia. Salah satunya bersedekah Al-fatihah buat keluarga dan kawan-kawan.Die selalu buat macam tu, bila terigat dekat mak abah atau kawan-kawan yang laen, dia akan sedekahkan fatihah untuk diorang.

Fariez pun tiru, buat bende yang sama. Sedekahkan Fatihah selalu buat Mak, Baba, adek beradek dan kawan-kawan yang lain.(Bukan bila orang da meninggal dunia baru kita nak sedekah Al-fatihah) Benda yang nampak simple.Banyak lagi perkara-perkara lain yang dia buat yang secara tidak langsung buat kita rasa nak buat jugak bende tu.Dalam tak sedar selama ni dia adalah role model buat Fariez.

Lalu terfikir..

Kawan betul-betul mempengaruhi kita.Sama ada dia gemuk dan kita turut sama-sama jadi gemuk, atau dia berperwatakan yang molek lalu kita memilih untuk menjadi baik . Itu pilihan sendiri. Yang pasti, jika benda burukla yang kita tiru/terikut-ikut yang salah bukan orang laen. yang salah adalah kita.

Dan dalam masa yang sama kita pun taknak jadi Role Model yang salah.kan.

May 05, 2011

Paraganglioma- Datin Orchid Abdullah

Fariez da janji nak habiskan 4 lecture opthal malam ni..but  only I managed to read two before i get distracted by the internet!

Penyanyi veteren 60-an yang popular dgn lagu penawar rindu,Datin Orchid Abdullah as reported in the newspapers is currently suffering from han hormon tidak stabil.According to her youngest daughter, it's  paraganglioma.

There's only one hospital in Malaysia yang offer the treatment for that tumour probably bcause it's a very rare tumour.This tumour occurs with an estimated annual incidence of only 1 case per 1.3 million people!! been diagnose having a cancer such a thunderstruck, and having the rare one make it tragic somemore.Her family must be very tough for Allah had chosen them to face all of this...

Her daughter said that a tumour was surgically removed in 2008, however in 2010 her mother was again diagnosed for the same tumour and so it was removed for the 2nd time.But unfortunately, her mother is still ill, still having all the symptoms.and recently, by investigation (CT scan, MRI or something) the doc found that the tumour had spread to skull, backbone, literally, all over her body! Surgical removal is no longer an option, laser is not possible either. :( If i was that Doc, I don't think i can bear that kind of findings. Such a heart-breaking. yeah, the findings is even harder to the families members to accept.

Based on my reading, (from emedicine.medscape) the tumour send metastases only in 4% of cases. which supposedly gave me a huge relieve. in other words, it's rare for the patient to have a spread tumor. but it is vice versa here. Instead of the small percentage, the patient suffers from it. Ya Rabb, give her strength please.. really, this teach me not to take cancer easily and overlook on it just because of the statistics. bcause i might be surprised by the fact that this particular patient is a part the statistic.

Again 4% of the tumour are functional means that it's not just a dumb mass, but capable of secreting clinically significant hormones (catecholamine, dopamine, NE ) and yes she's one of those who having the active secreting mass...

i don't really know how to end this entry..
but well, i do know that she desperately needs a cure. Let's together pray for her freedom from cancer ,and above all,let's pray that Datin Orchid and her familiy stay strong  strong to fight the cancer. Last but not least, Let's together study hard, for we are the one who gonna be the helping hands!Insya Allah.

P/s: i wasn't really interested in medical field before that.but yeah, but it was like years ago.i am a new me, Doc Farieza in a few year!

February 11, 2011

Nikmat rakyat Malaysia

Dalam perjalanan ke rumah Opah 2 hari lepas, sepanjang jalan ke kampung,
ku lihat hijau sungguh negara ini.Damai nya kampung halaman ini,
Indah dan dan permai sekali negeri kelahiran,
Kesemua kita hidup dalam suasana aman.

Waktu Mesir di landa krisis politik begini, baru hendak di "compare" kan.
betapa nikmat Allah itu, salah satunya adalah keamanan.
Keamanan & Keadilan yang negara Mesir tak punya.

Berdoa yuk, agar sengketa di sana cepat reda,
dan doa-doa negara kita bebas dari nya.


January 26, 2011

Tikam Bayi baru lahir

Semalam nampak Nana punya status facebook 

kitorang rase kitorang cam masuk tv or paper sok la, kes bunuh baby td...??? tp kalo x nmpak kitorang tu, anggap jelah kami ade kat celah2 tu.. :P papepon, cian sgt baby td..lahir2 da kena bunuh ngn mak die..ape pya manusia la... (ni frz copy paste dr facebook Nana) 

Tau je Nana belajar kat Uitm, tp tak pernah tahu dia amik course Forensic.
Early in the morning, Fairuz semangat je," awak tahu berita hari ni.."
Fariez y baru bangun tidur bajet terer," oo pasal baby kene tikan tu ke?" kt Kampung Jawa, da nk dekat-dekat da dgn rumah die :P, semangat die nak cerita, tapi dah terbantut la kan, sbb fariez da tahu.

So.betul la ape y nana cakap. Muka diorang masuk berita, diorang join forensic case tikam baby tu.Cool huh!
Apsal dulu fariez tak teringt nak amik forensic?? hahaha *tiba-tiba.Panjang pulak intro, Fariez bukan nk cakap pasal berita tu sbnrnya pasal berita tu pergi cari sendiri ye, tapi nak cakap pasal ..

Surat khabar ni boleh di percayai ke??

1.Contoh hari tu  ade kes letupan kat Alex, malam new year,tapi dalam paper cakap, letupan dekat Cairo.Cairo dan Alex jauh kot!

2.Last week , Iman meninggal (junior tahun 3) disebabkan Carbon monoxide poisoning dekat rumah dia. Kat paper tulis, Iman meninggal di Asrama Mara. Suka hati je diorang tukar, kang org cakap Asrama Mara tak selamat.

3.Hari tu pernah sekali kecoh pasal Ulama Muda, Fariez kenal la diorang, tapi dalam surat khabar tulis nama diorang salah, umur salah.macam apa je.

4.Tadi tgk video Metro pasal kes tikam bayi,adik suspek bagi keterangan sikit, die tulis kat situ, nama dia, Jamilah Abdullah. Bila Fariez baca paper, Jumilah Salim. pulak. T_T

okie,fine la kalau korang rasa " alah, salah kecik je pun"
but still, kalau org jenis cakap tak betul, korang  percaya ke kat diorang?

Boleh la percaya kot, tapi jangan amik bulat-bulat ape yang di tulis dekat paper.just my 20 sen. :)



January 04, 2011

It's 2011 already!

wee, it's twenty eleven already! somehow i feel like the years are passing so quickly T_T but well, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...for i'm still standing n breathing, such a gratefullness!!

I've got no new resolutions, yeah that explain the absent of an New year entry, i just modified the old last year resolution to look er..better?? and it was actually done early of this semester (oct 2010) . To be brutally honest out of 10 i just manage to do 4 out of it not even reach to the half. frustrating much.

And  walla! at the end of 2010 i am left with piles of Obstetrics n Gynaecology lectures to revise! serve me right la kan, bermalas-malasan lagii, sape suruh! Need to cover O&G as soon as possible, together with Paediatrics, Surgery, and NeuroPsychiactric lectures within a month.

(meanwhile ade hati lagi nak pergi London & Ireland during study weeks.Are u crazy Farieza?)

last day of  O&G 

November 29, 2010

It's Snowing.

Snowing somewhere in Ireland. Harap-harap snow tak turun dekat Egypt ni.

Lately rasa nak menaip.biasalah, syndrome nak dekat exam. Rasa nak shoppingla, nak makan luar, nak tgk movie, nak maen game. tapi exam kali ni takde la rasa nk maen game. da muak kot. nk shopping ,n makan luar da tak mampu.

Tadi,jalan-jalan tgk blog orang. da jadi routine fariez tgk blog-blog yang update. tak pun tgk blog org y singgah kat shoutbox fariez. kalau rs menarik, fariez spend jugak mase baca, kalau rajin frz komen. kalau tak menarik, fariez baca tajuk je la.

Ada dua blog y fariez baca. Dua-dua cerita pasal snow. winter la katakan.
yang beza nya.. sorang ni cerita pasal kebenaran yang die discover : salji ni teruk sebenarnya, nampak je cantik tp tak best pun.Sebagai kesimpulan die benci snow.

sorang lagi, menerima kedatangan winter dan salji putih sebagai tanda kebesaran ALLAH, dan buatkan die berasa kagum dgn keindahan ciptaan-Nya.Copy paste sikit dr blog tu..

 "Manusia membuka mata, melihat ke luar tingkap dan tersenyum panjang. Salju datang lagi, salju lebih tebal. Ada yang lupa untuk berterima kasih kepada Tuhan yang menurunkannya, lupa memuji kebesaran Dia."

Sedikit sebanyak tersuntik jugak hati ini untuk sama-sama memuji ALLAH

oh well,semua orang ade opinion sendiri :)

P/s: Semoga kita-kita ni tak lupa bersyukur

October 26, 2010

Improving or not so?

Woot! Time flies real fast! Hari ni minggu last untuk lecture Pediatrics, which means almost sebulan da Fariez jadi 5th year medical student.kalau kat Msia, i might be the happiest person in the world, sbb 5th year is FINAL year! See how BIG final year means to me! (homaigosh, Fatimah, Nadic n Irma, u guys da final year!!, Ika, Nani, Cai, Shahida n the rest of Alex Med Team, lets keep moving. Hoyeah!) 

tak sabar nk tunggu the moment when i can finally make my own graduation entry.Entry graduation day mcm wajib je ade dlm blog/album grad pun mmg wajib ade kn kat Facebook?

Anyway,a month had past..honestly i have to admit that im not improving that much..which is Sad!Still living my life recklessly,still having 7hours of sleeps, even reach 10hours,gosh! i never had a rude awakening to an alarm after a long time.still living a kinda peace life untill i-know-when. yup when the exam is just 4-3 days to go!aa benci. i hate living my life in such way!

After a month ,still i haven't had a real staying up revising all the lectures and the piles of clinical cases were abandoned. i fail in managing my time. i fail to focus on the things that i shud do,worst i spending the time on non-beneficial sort of things (sleep for instants).

sometimes, i'm doubting myself. i claim myself as a student, but fail to discipline as one. I claim that medical life is busy n time consuming but still, i'm waisting every seconds of my life. i claim lectures are too much to be remembered, but i didn't gave an efforts to understand it..

Terukkan? haish teruk betul!  Mak would be disappointed if she discovers the way i lead my life. :( ( fear not, cause she 's not reading my blog, tapi still...)

Well, my mind had identified a goal n directions.. but still having a problem in carrying it out well. 

I need to improve! Everyone should! Today should be better than yesterday.Thus, i must force myself to take an action, why not.

P/s: Nani, Fairuz n Ika. we all have our own misions n visions, don't we? ayuh berusaha!

August 23, 2010

ignorance

lately, rasa diri ini ignorance.

malas nk amik tahu pasal orang.facebook da malas nak bukak.

nak sms,atau calling-calling pun malas.

nk tegur kawan-kawan kat ym pun malas.

kalau kawan-kawan sms,ym, or email..saya malas nk bukak, baca, ape ntah lagi nk reply.

tapi kalau call, insyallah sy angkat.(hp sy pun entah dekat mana)

rasa bersalah sikit.tapi sikit je.

sy da penat bersosial agaknya.

sy kini hidup dalam dunia sy.sendiri-sendiri.

dalam lingkungan kecil family,kekasih, dan kawan rapat.

oh lupa pulak, sekaang sy busy dgn harimau jinak.busy nurturing him.

sayang sangat kat harimau jinak ni. meow .aum


Ps:mungin ini yang Barak rasa??

August 14, 2010

incident di airport

waktu kita susah baru kita tahu true colours kawan-kawan kita.

saya tgh susah hati.sedikit. sebab kehilangan luggage di airport. sampai sekarang masih belum dapat locate dekat mana.Mungkin masih berada di Cairo, atau tertinggal di kuwait, mungkin jugak tersasar ke nagara lain, atau hilang di ambil orang.

saya pulang hanya dgn laptop yang di isi dlm hand luggage.

yang paling saya perlukan adalah buku surgery. buku-buku tersebut ada dalam luggage yang hilang.
1.3 buku teks surgery university
2.buku anaesthesia dan buku-buku soalan past years
3.buku past years question surgery
4.lecture surgery (photostate)
5.buku operative.

saya faham buku-buku tersebut bukanlah ringan, sy pun tak nak myusahkn siapa-siapa.maka awal-awal lagi, sebelum exam final bermula telah sy masukkn dlm beg untuk di bawa pulang.siapa tahu, beg tersebut nak hilang. sy agak lost ketika ini, bila mintak tolong dgn kawan-kawan, mereka keberatan untuk tolong.

bukan semua macam tu sy tau.waktu di airport smlm Arda, Erina , Atie, dan Chem betul- betul buat saya terharu,diorang willing untuk tunggu dan cari beg saya di airport. Anas, Nani, Mijah walau pun hanya bertanya sedikit sebnyak, dan cuba menenangkan pun cukup bermakna bagi sy.

P/s: ayat agak skema. jiwa sedikit tersentuh, maka tidak mampu untuk berlagak seperti biasa.

July 07, 2010

Come and let me out.

Mencabar nya hidup sekarang ni..tambah-tambah la musim panas..
Rasa bersyukur nye, genie in the bottle didn't come out n tunaikan hajat fariez masa kecik dulu..
nk tahu, masa kecik,i used to..u know, wishing to growing up faster, to be an adult asap.
sbb masa tu, rasa macam da banyak sgt masalah kanak-kanak2.
If i grow up, and be an adlt, then i'll be free from all those problems.naive.

Homework belambak-lambak,malam takde keje laen,buat homework,buat homework.
Tapi tak dapat no satu dalam kelas pn,tp my lil sis tiap2 kali pun dapat no satu, tak pun no 2,
and subjek terbaek..sedey betul.rasa macam da bodoh sgt da.masa tu rasa mcm life is miserable.
(tak kira masa org2 panggil kau bodoh,tau la mulut budak2, suka hati je nak cakap apa, takde tapis, die rasa kau bodoh,die cakap terus.takpela, at least dia jujur :) )
tiap kali pergi tusyen kene kejar anjing,kalau da besar mesti berani nk face anjing2 tu.
nak pandai punya pasal kene kejar anjing pun tak kisah.bawak je la batu besar banyak2.
Selalu rasa duet belanja tak cukup, konon-konon nnt da besar, da keje.
dapat bnyak duet boleh beli apa saja

tapi sekarang da besar..rupanya lagi banyak masalah..
betul la cikgu cakap kat sekolah,"masalah korang ni kecik je,da besar nanti aru korang tahu"
kan kan..tapi masa tu, tak percaya pun ape y cikgu cakap.

Da besar, sama je..takde nye hilang masalah tu..
Sekarang masalah susah nk focus study..
Depress masa dalam kelas, still rasa bodoh..tapi impak lagi kuat.
sebab at least dulu, kalau bace sekali boleh paham n igt..
either u study or not, sekarang..miracle nye kalau sekali baca da boleh faham dan igt!

Dulu kalau la, ade duet lebih sket boleh beli aiskrim pop dua.
beli air gas selalu time rehat.waktu balik boleh beli gula-gula.
i just need another 3bucks.

sekarang still bende y sama..
i wish i own an extra money to buy a new hp.(kuang asam ah, sapa y suka curik brg org!kt akhirat nnt nk tgk muka kau dtg pulangkn hp tu smbil mintak maap) Laptop ebob pun sama, i wish i've an extra money to buy him a new laptop-laptop ebob pun kene curik jugak.All together.. i just need less thn 3k egyption pound.

so sekarang, i'm no longer wish to get older faster, instead i wanna have my childhood  back.time machine is exactly what i need! i promise i will be a good kid ever.i'll never never ever complaint bout life anymore.
i promise..genie give me the time machine now.

on ears :i'm a genie in bottle babeh..come, come, come n let me out.
(kecik-kecik dulu suka dgr lagu ni. tak paham pon.)

July 02, 2010

semua da tak sama.

Maybe because i am a women
Ntahla keadaan da tak sama macam dulu..
At least, sekarang..

walau macam mana baek pun layanan dia kat Fariez.
Walaupun selembut mana pun suara dia cuba nk ambil hati Fariez.
walau macam mana cara pun dia buat, untuk tunjuk yang dia care pasal Fariez..

Fariez still tak boleh nk terima dia macam dulu.
Fariez takde rasa nk datang kat dia, untuk share-share cerita,
Fariez takde rasa nk tanya dia apa2..fariez siap boleh redha je, fariez tak tahu pape,
daripada kene bertanya ngn dia..(anyways,i hv others to turn to)
ouh, Fariez tak de hati pun nak cakap dgn dia. nk bertentang mata ape tah lagi.
at least, for now.

Fariez tak benci pun dia,
tapi to accept her as friend/sahabat.i dont think i should.
Imaging that we are  strangers are so much comforting.
and give me a much better feeling.

mungkin esok lusa things will get better..(Fariez tak berharap pun)
Let's leave it, and hope that time will heals it.

Sekarang  Fariez rasa betul la org cakap,
"women can forgive, but will never forget."

p/s: apa guna bertakzkirah n hafal tentang kepetingan menjaga hak-hak sahabat?