Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

February 09, 2012

Teluk Batik




we arrived as early as 8am and nobody was there yet


mak and kak ida went mandi manda, ebob  choose to continue his sleep,
while fariez spending the time main pasir


Mum get stinged by something, i thought it was an obor-obor,but it was actually lipan air.
Kak idah tanam mak, and mak now become something like mermaid :P


Ebob datang dengan serta merta menukar mermaid jadi racing car :P


Mandi laut sampai penat, and guess what :P
We found squidward with patrick having a party without spongebob! lol


Hello, squidward, so u're not selling krabby patty today?
and yeah, mak is so brave enough to get the sqiudward in hand!


Gosh! Patrick star without his short pants! :P


Breakfast: Nasi Lemak, karipap, cuk badak & teh o.


ebob sambung tidur lagi, fariez, mak n kak ida get ourselve an ice-cream. Later, Fariez pun tidur sekali, mak n kak ida sambung mandi laut lagi. They seriously in love with beach! Berenang tak ingat.

1.45pm, kemas-kemas dan balik.

Cuti sudah habis.


Separuh hari di Teluk Batik. Puas hati. Masa datang, kapan-kapan akan fariez update.

Lepas ni boleh la berkemas-kemas untuk pulang ke Egypt, menghabiskan hari-hari yang berbaki sebelum Fariez betul-betul layak bekerja. InsyaAllah dalam  waktu yang singkat ni fariez akan kutip ilmu sebanyaknya.

ya, apa adanya...


February 08, 2012

Wordless #8


December 31, 2011

Permataku

Alhamdulillah, gembira dengar berita Syafiqah selamat melahirkan anak.Jadi hari ni usai kelas, kami ramai-ramai menapak ke rumah Syafiqah. Semangat betul nak ziarah Syafiqah dan baby dia. Masa kitorang sampai, baby baru tido.Berbalut tebal dengan selimut siap dengan bertopi comel. Alahai, so cute tau baby ni.Gewam je ghase,aunty rasa nak picit-picit pipi Safiyya.Tapi tak picit pun, aunty farieza cium-cium je  :)

"Sakit tak masa delivery tu?"a very common question to be asked la kan. Syafiqah kate sakit gila! Syafiqah cerita, actually die nak deliver without aneasthetic tapi sakit sangat so she asked for one. Peep was there, a mother to be, mesti cuak je kan Peep dengar Syafiqah ckp mcm tu. :P

Fariez takrasa takut pun dengar, or maybe not yet. Tapi Fariez more to sedih...
Fariez teringat dekat mak. Mak selalu cerita, " dalam banyak-banyak anak yang dia kandung, kakak la paling susah. Mak siap dapat kencing manis (gestational diabetes), kakak lahir tak cukup bulan. Masa mak nak lahirkan kakak mak tumpah darah banyak sangat.tapi mak paling gembira masa kakak lahir"

Mak will keep telling me this especially bila Fariez buat perangai. Lepas tu mak akan tanya " Kenapa akak selalu buat mak sedih? "

could any person stand to heart that without menangis?

Anyway, esok dah masuk January, buatkan Fariez lagi-lagi terigat dekat Mak. dan seperti January-January yang lepas, Fariez akan janji nak jadi anak yang baik,anak yang solehah, taknak buat mak sedih-sedih, nak msg & call mak selalu. Azam yang sama tiap-tiap tahun.

dan bila, window player yang dalam mode shuffle, memainkan lagu Permataku- Mirwana air mata ni mengalir mencurah-curah. how i miss her. how i miss the moment where we used to stay awake dr malam sampai subuh sharing cerita. how i miss hugging her tightly.How i miss spending the time kat dapur together,going to pasar together, breakfast berdua. Rindunya. :'(

(kak ida dengan Mak @ klia )

I wanna be forever her baby and Mak will forever be my Permata Hati . <3

September 07, 2011

sepintas raya

Pagi tadi dekat Motivasi pagi,Ustaz tu cakap, raya kita sehari je. org Malaysia je yang raya sampai sebulan. hehehe. Selamat berhari Raya ke-7!












Tahun ni raya di Langkawi, kampung sebelah mak.Seminggu duduk kat sana. Meriah dengan makanan u olls. Sepupu Fariez sorang tu,sangat rajin memasak, masakan dia memang the best la.Ketupat palas ada,ketupat daun kelapa ada, nasi impit ada, rendang ayam dan daging dan yang special ada Somtam, dengan ayam kering makan sama pulut (makanan thailand)

Gambar abang takde, sebab die balik raya kedua,ni semua gambar-gambar hari raya pertama. Ala, ini aje pun gambar yang ada.Fariez asyik snap gambar Johan (anak sedara yang pertama) je. Nanti la Fariez rajin-rajin nak masukkan dekat blog gambar Johan.Johan sangat comel!

Raya ni, tahun 1st Fariez bersalam raya dengan mak tanpa menangis, tahan punya tahan hahaha, berjaya jugak. Tapi mak pulak yang menangis :P Tahun ni Fariez takde buat mak sedih macam tahun lepas. horey! Semoga tahun depan boleh jadi lebih baik, insyaAllah.

Hari Raya pertama, lepas solat sunat raya,aktiviti dari pagi sampai petang, menziarah family belah mak. Adek beradek mak anak sedara sepupu sepapat dia semua tinggal dekat Langkawi.kekasih lama mak pun ada dekat Langkawi ni.opss :P

Sekarang orang sibuk ber-open house & kenduri kawen. Pesanan Fariez satu je,jaga makan. Takut lepas raya terlebih berat badan pula :)


August 05, 2011

Of Ramadhan

kalau lah blog ni umpama diari, mesti da penuh berentry-entry cerita fariez tulis. Semua cerita gembira, suka,cerita kejayaan, harapan, sakit hati, benci, kecewa mengisi ruang blog ni. Mungkin boleh tulis semua bende lepas privatekan blog. Nak privatekan blog ni soon.or mungkin blog ni akan ditinggalkan dan berupdate dan Fariez buat blog baru. tengoklah macam mana.

Bulan Puasa orang selalu cakap banyak dugaan.. kalau nak pikir dugaan makanan, eleh apa la sangat. Fariez bersyukur jugak la,sebab sekarang ni takde nafsu nak makan sangat. Berbuka takat masak simple-simple pun dah gembira .Kalau kat Malaysia, semua jenis air kalau boleh nak beli, air tebu, air cendol, soya, air kelapa, Milo ais.semua pun nak beli. Kuih macam-macam jenis, paling2 mesti ada murtabak, karipap, popia.

sekarang rasa sgt bersyukur semua benda tu takda, no such things as bazar ramadhan dekat Mesir.Lalu nafsu makan  lebih terkawal dan berat badan jugak. Alhamdulillah.

Setakat hari ni, setiap hari Fariez bangun sahur.bangun sahur sendiri dan bersahur pun sendirian. Housemate fariez semua jenis tak bersahur. kuat betul diorang, tapi rugila, bersahur kan dapat pahala.Paling-paling pun bangun untuk minum air dan makan sebiji kurma.Bangun sahur awal sikit sempat la nak buat solat sunat.Kalau orang-orang y ada jemaah mungkin la selalu Qiam. Fariez bila kira bape kali je bangun untuk solat sunat tgh malam. Sorang-sorang mmg tak kuat. Tapi bila ramadhan macam takda alasan je kalau tak solat sunat.

Sebab tu selalu rasa berdebar-debar setiap kali datang Ramadhan.takut jadi orang yang rugi, takut ramadhan berlalu tanpa kesan. Takut kalah dengan diri sendiri. Sebab before ni , kalau tak kuat mungkin la sebab terhasut dengan bisik-bisik syaitan, sekarang kalau malas, kemalasan itu la diri kita sebenar.  Malu kan..Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah.

Tahun ni berazam nak khatam dua kali. Tapi hari ke 5 puasa, baru berapa juzu' je y sempat baca. Sedih :'( Penat Fariez pikir macam mana orang boloeh khatam 2 3 kali.Fariez rasa mcm tak mampu je. Semalam tido dalam perasaan kecewa dan sedikit putus asa. Mimpi pulak dasyat-dasyat. Kuat betul pengaruh perasaan dengan mimpi.

Ramadhan kali ni, banyak spend masa dekat rumah je. Alhamdulillah untuk tu, kurang lagi dugaan. Takde la berpeluh menahan bahang ala-ala padang pasir. Duduk dalam bilik berkipas lagi. Tapi dugaan lain pulak.. nak study...oi, bukan main susah.

Oh ya, mak pun senasib dengan Fariez. Bersahur sorang-sorang. berbuka pun sorang-sorang. Sebak betul hati dengar. Mak memang la buat mcm tak kisah je.tapi kita yang dengar ni. luluh hati kot. Fariez bukan lah anak baek sgt selalu buat mak susah hati,adik-adik pun tak puas hati dengan fariez, tambah-tambah pasal kes nak kawin.ntahla. tapi bla jadi mcm ni fariez rasa geram pun ada. Kak idah tengah cuti, kenapa tak balik temankan mak dekat rumah? Mak kata, semua kan da besar, mak pun taknak paksa-paksa balik rumah.

Laju je Fariez cakap, "kalau mcm tu, kakak tak nak balik la cuti ni" dengan nada bergurau.

"Eleh, dekat mata tu da terbayang-bayang Malaysia.. Taknak balik konon. Mak dengan Ebob amik dekat KLIA nnt..."

May 07, 2011

I love you too!


senyum sampai telinga lepas call mak :) 

Kakakdah cakap Selamat Hari Ibu dekat mak.Yeah!
(Selagi tak cakap, selagi tu la rasa macam menanggung beban kat dada)

Mak cakap "Terima kasih. I Love You.."
Then, cepat-cepat akak cakap, "I love u two,three, four Mak!"

P/s :Mak selalu tak percaya, bila akak cakap,
Mak adalah orang yang paaaaaling kakak sayang dalam dunia ni.
(mungkin sebab kakak selalu buat Mak susah hati.Tahun ni akak taknak buat mak sedih-sedih dah )


May 03, 2011

Taiping - Memoryland

Fariez tak tahu kenapa fariez suka sangat Bandar Taiping. Maybe sebab banyak memori indah tercipta kat sana?? Bila sampai Taiping rasa macam memori-memori tu di re-fresh semula, lalu sebuah filem tanpa bunyi tertayang dlm kotak fikiran..kenangan..

Masa revolusi Mesir, sempat lagi singgah Taiping. Saja nak jalan-jalan.Singgah rumah Opah & cari mee udang kuala Mak Jah.Unfortunately, kedai makan Mak Jah tak bukak hari tu.




Alang-alang da sampai kuale sepetang,kitorang cari jugak la Mee udang. Kedai mana-mana pun tak kisah. (lapar lagi pun) So, ini mee udang dekat-dekat dgn kedai Mak Jah. Sedap!! Fariez puas hati :)


Lepas makan, pergi rumah Opah. Bile sampai-sampai rumah opah berbau durian .Rupanya opah baru je beli durian..ngeh3, puas makan durian.Rehat-rehat jap, lepas tu kami pun bersiap-siap untuk pulang.

Sebelum balik kitorang singgah Taman Tasek Taiping! Jatuh cinta tau dengan tempat ni..Hijau je.. Sejuk mata memandang.






Cantik kan kan kan..Kitorang jalan-jalan je pun, borak-borak.. (tapi berpeluh-peluh jugak la) Tengok orang jogging,tengok orang maen bola, ada yang tangkap udang.. memancing. (boleh ke sebenarnya memancing dekat Taman Tasek Taiping?)

Kalau rumah dekat-dekat sini, mesti fariez datang jogging selalu. ceh berangan.i definitely will apply keje dekat Taiping. Hospital Taiping maybe?

Semua orang ada satu tempat yang die rasa sgt significant dgn diri masing kan.and as for me, it's Taiping!!

oh ya.most of the pics above was photograph by Mr Fairuz. Photography is his passion (but not anymore, i guess). Have look on his Flickr got all his best collections there.


January 23, 2011

thanks for the criticism

kali ni tak nak tingalkan entry dalam draft.

Fariez nak berlajar semula untuk mencintai kritikan dari orang.Sebab kritikan ada satu power, yang akan push kita ke depan,buat kita rasa untuk berusaha dgn lebih lagi. Those sweet talker n sweet compliments from other do not have that Power.

Teringat masa kecik, abg fariez jahat. nakal kot. die suka cakap Fariez bodoh.teruk kan!huh. yelah, sbb die kan besar, da tahu banyak benda. Dia pandai buat origami burung, dia pandai baca buku English, dia pandai guna Dictinory, dia pandai naek basikal. dia pandai buat silap mata, dia hafal sifir, dia tahu judo, terer maen congkak, kalau lawan sumo die menang.Mase die sekolah menengah, Baba selalu marah die sbb asyik tidur je, bila nk study, exam da nk dekat, tapi exam die score je.

Kita masa tu kecik lagi tak tahu apa-apa.Bila masuk dajah satu tak reti membaca lagi.Malu sgt.Darjah satu dapat nombor belakang- belakang. Darjah dua pun, darjah tiga pun. (sebab tu fariez jeles dgn adek frz Kak ida die scorer mase sekolah. ) Fariez selalu kene marah dgn Baba sebab tak hafal sifir,dapat pulak abg yang suka kritik. ouh, mmg rasa nk je bunuh abg masa tu. (tapi bila mimpi abg meninggal dunia, nangis teresak-esak cerita kat mak, kalau abg kene marah abg maintain cool je, fariez y nangis. dalam hati kecil ni, ade sekelumit rs syg kat die sbgai abg)

Masa kita kecik tu, kita selalu la mengadu dekat mak" mak,abg cakap akak bodoh "
Mak kate, takpe akak bukti kan la, yang akak pandai. ceh berkobar-kobar semangat Fariez masa tu. Study hard kot! Sebab nak buktikan yang fariez pun pandai.

oh, teringat masa Abg Fariez grad form 5 kat MRSM Taiping. Fariez cakap kat die, abg nk pinjam jubah tu (sbb nk belagak tangkap gambar dgn jubah graduation). Nak tahu abg frz cakap ape.. "kalau nak, belajar la rajin-rajin" and i was like, huh belagak!! Tapi betul la, kena belajar rajin-rajin.

sekarang da besar, fariez tahu, semua tu for my own good. Kritikan dia had built my inner strength. Harap suatu hari nanti fariez dapat cakap kat die face to face, " terima kasih abang."


December 21, 2010

Dihantui

dua tiga hari ni, hanya mimpi-mimpi ngeri je bertandang.

kemuncaknya pagi tadi, bila org israel bertubi-tubi menghantar serangan dari udara.dari jauh fariez nampak,awan kelabu berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa, letupan yang maha dasyat memaksa fariez lari dari situ. fariez lari.pelik aimi pun ada sekali. kitorang lari sama-sama. sambil-sambil fariez keluarkan hp, cuba contact mak. tapi panggillan tak sampai.

Terkebil-kebil waktu terjaga dari tidur.igt nak msg mak. tapi hp takde coverage.siap-siap pergi kelas.Nasib baek ada baju kurung yang da siap iron..kalau tak, for sure fariez sambung tidur, konon-konon nak tahu ape la ending mimpi tadi.(ceh, ada hati. padahal masa mimpi tu da cuak tahap ape ntah. dasar pemalas!)

sekarang da tahu! ni mesti sbb semalam lalu sebelah starbuck, dan becakap dalam hati."jauh nya food court, lepak sini beli coffee je la.." last-last fariez pergi supermarket, beli air kotak apple Jumbo.

Petang tadi da msg mak, mintak mak datang sini (jeles oo tgk family Une ramai-ramai dtg Egypt). Harap-harap mak consider la cadangan fariez y tiba-tiba tu.

(1st time belajar buat PV examination- failed!! aahhh! benci ah)

November 27, 2010

I'm not spoil.


I'm not spoil, just well taken care of .

Masa darjah 4 fariez penah bergaduh dgn kawan baik, Melissa, budak india yang cantek dan pandai. Dia cakap Fariez anak manja, terus Fariez tarik rambut die kuat-kuat, n she did the same! After tu die pindah sekolah.

Bila da besar, fikir-fikir balik.. kenapa nak rasa offended sgt bila kene ejek anak manja? Anak manja mungkin la offensive to guys.yeah mungkin. Da besar rasa mcam nothing is wrong by being manja.and the truth is mmg sy manja dgn mak pun.kalau tak manja-manja dgn mak, nak manja dgn siapa? BF? err, that does not sound right!

Mak mmg manjakan kitorang by her own way.orang cakap anak mnje ni selalu nye spoil? erm.ntah.

Sebenarnya frz rindu  kat mak.. Mak asyik busy la plak sekarang ni. susah betul nk dapat cakap n sembang lama-lama. Mak mesti ade banyak cerita.akak pun ade bannnyak cerita ni! tiket balik Malaysia da la tgh murah! buat Fariez rs nk book tiket untuk winter holiday ni.haish. tapi da janji dgn mak tahun ni tak nk kerap balik Malaysia, n nak study betul-betul.Mak pesan suruh pergi jalan-jalan keliling dunia.

kalau nk buat jahat terigt kat Mak. Mesti luluh hati mak kalau tau anak die ni, malas belajar, ponteng kelas, n maen games.huwaaa~ nak nangis je rasa (bcause not being good enough last year) i better stop . papai!

October 18, 2010

Teluk Senangin



okie tak susun gambar mcm ni?

August 26, 2010

Lumut Bandar kenangan



 
Sebelum Fariez balik Malaysia da berangan da, nanti nak berbuka puasa ngn Nani kat Penang.( Nani duduk Penang sekarang, sbb husband die belajar kat sana)Tiba-tiba,3rd day Fariez kat Malaysia, Nani called "wey, aku nk dtg umah ko, kita berbuka sama-sama" Yeah! Seronok nya  :)

Sebelum Asar Nani da smpai kat rumah.Mula-mula kitorang pergi beli Nasi Beriyani Ayam Madu dekat Lumut, my fav ! Lepas tu, bawak Nani n Cai cari hasil laut Pangkor. Comel je tgk diornag ni membeli belah.

Lumut ni cantik tau,perfect spot untuk korang kalau jalan-jalan tgk laut n have an evening chat. Time senja boleh tgk sunset. mendamaikan.Dulu sebelum konkrit-konkrit ni dibina dekat sini, tempat ni, mmg pantai.Masa kecik-kecik dulu, lepas ngaji al-quran, ni la tempat fariez ngn adek-adek main.Mula-mula main korek-korek pasir, cari siput,lepas tu berendam dalam air laut.Baju spare tak bawak..balik la rumah basah-basah kuyup.eh, mengimbau kenangan lama pula :P

Tapi skang, tempat ni dah tak macam dulu, Lumut penuh dgn binaan-binaan konkrit melenyapkan element-element natural.Tempat perlancongan la katakan, kalau takde binaan-binaan ni, orang kata bandar tak maju.
Setiaap kali datang lumut,terimbaula kenangan kanak-kanak.Kalau nk tahu, Dophlin ni betul2 terletak depan rumah Fariez.Takde apa sgt yang menarik kat sini,tempat makan die pun cam tak best sgt, kalau best pun ABC je (ni my opinion la, tak tahu bagi org lain) Paling best kat sini, main skuter yang tolok-tolak guna kaki tu.sgt best  tak tipu. 

 ini Cai.kekasih/best friend/husband Nani.
Lepas jalan-jalan kat Lumut, we head directly ke bazar Ramadhan yang tak jauh pun dgn rumah!Beli kueh mueh untuk berbuka. sakan Nani membeli :)

Overall, sy sgt happy hari  tu , sbb Nani meluangkan masa datang berbuka dekat rumah.ni Nani dgn Mak saya.
Siapa boleh teka umur mak sy, sy bagi hadiah :)

June 20, 2010

Rahsia Kebahagian

Fariez buat status "saya tgh bahgia" hr tu kat facebook. alih2, sume pun expect fariez bahgia sbb tgh bercinta.ceh! ape, igt org bercinta je ke bahgia??

Bahgia sbb hr tu, nk makan nasi tgh hari.. Fariez cakap dekat Mak, "akak taknk makan"
pastu mak cakap, sedaap ni.."sy cakap la, mak suap?" mak tak ckp pape.. mak msukkn nasi ngn lauk..
kebetulan hp berbunyi waktu tu, Fariez angkat phone and automatik bergerak ke bilik (baru privacy nk cakp telipon) baru cakap sekejap.. mak pggil.., "akaaaaakk, td kate nak mkn? "

yeah!! sy makan nasi tgh hari, lauk ikn bakar n smbal belacan,tapi mak suap! :))

Bertambah sorang dalam Family kitorng!

some of the pictures:


kakak, sepupu, Kak Ida

Dengan sepupu, dan anak-anak mereka
Mak dan adek, Ebob

My one and only sista.n ebob.
Abang n his lovely wife
Pakcik,Adek ngn Ebob
Firuz Fariezaa
Family Fariez :Mak, Abga+Kak Wadah, Fariez, Kak Ida, Ebob, Boy (Adek)