August 22, 2013

Our Newborn baby

Assalamualaikum..


Sunyi sepi je blog ai ni kan..actually,I've been icthing to update blog tapi ... masa pun kurang ada, i mean masa lapang takda. komputer pun takda, laptop pun mana ntah fariez letak.nak update live dr hp mcm artis sgt jee. :D Erm,sejak kerja ni hidup kurang teratur.. omaigod salahkan kerja pulak. padahal diri sendiri tak reti nk manage masa.. seriously, lepas dah kerja ni spare time fariez akan tidur.zzzz..

Kerja dekat Hospital Klang tu..erm, semedang la tak cukup staff, semedangla ada org EL. kerja pulak, 730pagi sampai malam..kalau kerja half day pun malam jugak fariez balik. pernah skali tu pukul 10mlm baru balik. Gila.nasibla, tak pandai kerja lagi.time management fail! dah la pregnant lagi, pergh double the penat. sampai rumah je..zzzzz. Memangla tak sabar nk tunggu maternal leave start!

disebabkan hari-hari cakap kat baby "cepatlah keluar.." hamik kau babypun keluar, awal 3 minggu dr due date! tula, mak da pesan apa y kita cakap tu doa.. sehari doploh empat kali ulang-ulang suh baby keluar cepat. Tak sempat maternal leave start dah dapat cuti.

malasla, cerita pasal nk beranak..agagaga. in short branak sakit + penat dihujung2 nya ada perasaan lega dan sangat happy. tu pasal branak la.tak masuk cerita berpantang okie.. agagagaga. huh stress tak suka time pantang. nasib abg Fairuz kite bnyak tolong n bagi semangat. ngee ( i lap you)


so, ni la gambar ibu bapa yang excited dengan baby mereka. Baby kitorang nama Humayra'. Nama Humayra' ni mak-mak kitorang yang bagi. Padahal kitorang dah decide nk bagi nama lain ngee. Acik belle je tau nama tu .


Humayra' lahir masa 37week. induce labour of course.Berat fariez masuk hujung2 pregnancy turun and tak naik-naik dah, so masa Doc nk induce labour 37week tu rs mcm ala.. baby tak sempatla nk catch up berat. maka lahirla baby kecik mcm tumberlina ni. but dont worry baby, mummy gonna feed you with super delicious breastmilk n make you grow fat  healthy regardless of your weight. Sekarang Humayra' dah 2months olds and gain 2.5kg already. Alhamdulillah.



Hari-hari fariez cakap dekat fairuz "comelkan Humayra'.. " nanti fairuz cakap "comel sangat ! " ehehehe anyways, these two pics are my favourite shot of her. Thanks to Azmir Khalid the photographer. sape-sape nak hire photographer utk newborn boleh contact him. cari kat facebook je.


That's all folks! till we meet again on the next entry.( next year maybe.gah :D )

p/s : Jangan lupa doakan kejayaan Islam di Palestin, Syra, Mesir.

May 23, 2013

cuti sakit

tak bestnye dapat cuti 2 hari.. tapi badan tak sihat. 
batuk mcm org tua, mata merah berair-air, tekak tak sedap, smlm tak selera nak makan.
makan sikit muntah :(

duduk rumah sorang-sorang. 

April 10, 2013

of working life

diri sendiri pun tak percaya dah habis 14 days of tagging. after this no more excuses la kalau tak tahu buat kerja.

setiap hari pun takut nak pergi kerja, sebab takut buat salah and takut kena marah. like seriously, sape tak takut kena marah. Diorang cakap kalau tak tahu tanya.. but then, bile kita tanya.. they were like, "hey how u pass your med school?" T_T tak semua la semua org mcm tu la, ada jugak y super awesome. Buat kerja terer gila, ajar semua benda like betul2 ajar.

So far ada je hari yang balik rumah nagis2, ada jugak hari yang balik rumah senyum happy. Itulah hidup. Apa pun i'm willing to learn, korang dah myampah sangat sebab sy banyak tanya pun sy tak kisah. Daripada sy buat salah & endanger patient life.

go go fariez!

March 07, 2013

wordless wednesday

 #graduation #egypt #beloved #fairuz

February 27, 2013

unemployed still


 So dah dekat 5 bulan  since my graduations day,  been married for 6 months already, yet still duduk dekat rumah unemployed, honeymoon-ing like a newly married couple.ahaha Bahgia. Really i am.  Alhamdulillah. Oh yeah, forget to mention that I am pregnant! Allah, only HIS mercy is the only reason that i'm so blessed. Tak nak cerita psl pregnancy, bcause if i do, it may take my whole day blogging bout it. In short, having a baby growing inside me is awesome feeling.Alhamdulillah.

This coming Friday Fariez & Fairuz dah decide nak balik Perak. Mak mesti terkejut tengok perut anak die dah besar, okay not only baby bump got bigger me myself pun. I've gain 10++ kg for god sake ! i was stress sometimes, mcm tak percaya kot i even think weight scale tu tak betul, and i'm believe it was not me who getting bigger tapi baju2 yang mengecil.tehee.

Bila terigt nk blik jumpe mak, terigt la pulak.. mak n all the jiran2 mesti akan tanya. "bila nak start keje? bila nk start keje? apply which hospital and all.." Kakak tak keje lagi.. lesen kete pun baru dapat last week, macam mana nak keje? :P

Anyway, surat lantikan jawatan dah dapat which i dont expect it came that early. haih, to be honest, i'm not that excited, sometimes i rather imagine myself as a loving housewife who cooks alot .i'll be fine.i will do some sewing or gardening if i'm ever bored.tengok Wanita Hari Ini, pergi market buy stuffs.No? Entahla.. lossing my enthusiams somewhere i  guess.

Well, i fear that i may be doing my job rather less and living a stressfull live. Diorang cakap  HO working from dawn till midnight,no lunch no dinner. By the end of the day akan tidur jeeee.Scary!What a sad reality of life.

is there anything i can do to get my enthusiasm back?
Kena betulkan niat untuk kerja isnt it?whatever it is,  i better get motivated asap. Doakan saya!

P/s: Bila gambr graduation nak siap ntah? CHot Touch ape cerita?

January 21, 2013

long silence

ah, mcm kekok pulak nak menaip kat blog ni..
eceh what an intro..anyway~

banyak benda y nk di blogkan.. tapi masa tak mengizinkan ?  erm sort of laa..

hari ini selepas tidur yang cukup (mengalahkan newborn baby), bangun tidur dgn mamai, terus cakap dgn suami.. eh dah habis dah weekend kite. boleh? semalam sakit kepala sgt2, dan decided untuk tidur dan melupakan masalah2 dunia. tapi bangun pagi dgn perasaan menyesal. tak tahu ape la y nak dikesalkan sgt.. sebab bazirkan masa dengan tidur je? so hari ni berazam nak make use of my time betul2.

so here i am. bangun pagi, breakfast, had my dose of al-quran, called some friend tanya khabar, cuci toilet & maen sabun :)) , get myself prepared for job interview, done my revision, dah lunch..sekarang update blog kejap. afterward solat and off to driving class!

tak sabar nk tunggu petang! Fairuz nk pergi bekam & i'm so excited with no apparent reason! ahaha mcm mane la rupe org lepas kena bekam. does it hurt? lepas tu nak jumpe Nani! yeah.

a productive day makes u feel more happier kan? *smile*

September 29, 2012

macam tulis diari

Masuk hari ni kira dah 4 hari duk jauh2 dari Fairuz, kite balik rumah mak kite, tinggalah die dekat Shah Alam. Cewah cewah, mesti Fairuz berangan bujang kan ;P

 kite tak leh la duduk lama-lama dekat Shah Alam.. rasa mcm something is wrong.. duduk Malaysia tapi jarang-jarang jumpe Mak, rasa pelik, kite tak biasalaa.. so sementara tak kerja lagi ni kn, kite balik jugak Perak, nak spend masa dengan mak kite.

Best la duduk rumah sendiri, best gile.ehehe
pagi-pagi bangun lewat, mandi lewat, boleh breakfast nasi lemak hari-hari, boleh makan roti canai 2 keping. the other day kan, kite breakfast dengan family fairuz, mak mertua skali, Fairuz mmg tahu kite mkn roti canai kosong dua keping, die pun orderla "roti kosong 2". Skali mak Fairuz dengar, die cakap " farieza makan dua keping??? " T_T wuhuhu kite senyum2 sengih2 je la cover malu *aduh malu nyeeee*

kat rumah best, boleh ajak mak temankan pergi mana-mana pun. Hari ni mak temankan pergi cuci rambut & hair cut, tapi mak tak bayarkan dah.wuhuhu sebab dah kawen kan, segan la pulak nk mintak mak bayarkan. bestnye dah potong rambut & blow rambut .mood happy terus :))

Malam-malam dekat rumah kita, meriah.. jiran-jiran selalu sangat2 datang rumah. Diorang mcm maen masak2, pastu makan ramai2, dua hari lepas masak nasi lemak, semalam buat pulut dengan karipap, malam ni plan nk buat bihun sup nyum nyum. Diorang dah la klaka! rasanya kalau diorang masuk raja lawak mesti menang :D

esok nak cari baju kurung untuk convo, baju convo dah beli tahun lepas, punye la simpan nk pakai untuk convo, skali ade kenduri terpakai jugak. adess. terpaksa cari baju lain. tengokla,, kalau malas ni, mmg pakai jela baju lama untuk convo ni. 

cakap pasal convo baru teringat. berat kite dah naik banyak sgt. giler betul!! macam mana nk grad ni, malu laaaa, haish! esok la start diet & jogging. esok ?erm lusa laa..

Flight kite pergi egypt is next week! cepatnye masa berlalu! malas betul nak pergi mesir sebenarnye, tapi pakcik pesan, convo ni sekali je pun, penat-penat kakak belajar 6 tahun takkan taknak grad. sayang tau..maka beli la jugak tiket pergi mesir. Kali ni pergi mesir dengan mak & kak ida! Fairuz will follow days after. mesti diorang excited kan nk jalan-jalan kt Alex & Cairo.

erm. keyla dah rindu, nak calling2. Bagusla TM bagi call rumah ke rumah free. boleh calling2 sepanjang malam. rasa mcm org bercinta pulak. :P

k la bye!







September 28, 2012

Happy one month anniversary

 Fariez rasa kitorang sgt perfect for each other :D



September 18, 2012

Newlywed with a short update.

Assalamualaikum !
A little quite here,it has been only a month but a LOT of new things were going on.

i've finished my final exam like finally!Alhamdulillah.Then i was busy kemas rumah,packing things and wehuuu, balik Malaysia !! Alhamdulillah finally i'm home for good!

lepas tu busy preparing for eid, it was nothing much actually-masak rendang ayam & nasi impit je.Even my sister in law, kak wadah terkejut we were that simple.Tahun ni we celebrate Eid dekat perak je,ziarah kubur then gerak ke rumah opah dekat Taiping. Takde open house, takde konvoi raya & such.

the week after eid  was filled with pre-wed activities: shopping some things, fitting baju, setelkan pasal pelamin & make up artist, siapkan hantaran, packing goodies bag,(Alhamdulillah, fariez ade jiran2 y rajin tolong,no kidding, they were super awesome!) i went for sauna, facial and make a new friends. Done my inai & ready to get married :D My nikah day was on 24th august, kenduri rumah Fariez was held on the next day, 25th dan kenduri rumah Fairuz on the next week.

lepas tu,setiap hari pun fariez pergi open house! on weekend pergi kenduri kawen.open house selalunya lepas magrib & lepas isya, makanan semuaaaa sedap2. huwaaa, how to maintain an ideal weight u tell me.berat naik 5kg within a month!huh.

besides open house, i went dating with my husband like a lot! keluar shopping jalan-jalan & makan without to worry bout the expenses is the best part! ehehe.

Well, that's my one month life story.

2 pics for your viewing plesure :D have a nice day peeps!




August 14, 2012

Smell like a vacation!

Yeah! Lagi 2 hari nak nk balik Malaysia! can u believe that?!
Macam tak percaya laaaa.

Menyesal je tak beli flight Qatar Airways, kalau tak mesti fariez dah ade dekat Msia sekarang. Hari tu fariez beli tiket Egypt air, mahal la jugak. Beli sebab konon2 taknak ponteng pre-intern,kalau beli Qatar  akan ponteng sehari. konon-konon pre-intern ni penting la sangat, tak mau ponteng. ceit podah! ramai kot y ponteng intern, macam tak penting je intern ni .Konon-konon ade buku log untuk internship? dusta belaka.*dush* 

Last week dah decide nk tukar flight, i mean nak tukar tarikh.Sadly, egypt air kena bayar  1400 egyptian pound untuk tukar tarikh! Gile eh? Qatar airways F.O.C kott! Nasihat untuk adek-adek y still dekat Mesir, beli la tiket Qatar airways, unless kalau airlines lain sangat murah. Kalau beza 2-3 ratus baek beli Qatar.Puas hati.

Fariez dah isytihar cuti  pun starting minggu ni. :)
taknak datang kelas dan ponteng tanpa rs bersalah :)
Maka, marilah menikmati hari-hari terakhir di Egypt dgn gembira :))





Alhamdulillah, bulan puasa ni pernah masak berapa kali je dekat rumah, hari-hari laen dapat jemputan berbuka rumah orang. Semoga Allah bukakan seluas-luasnya pintu rezeki buat mereka. Amin











August 01, 2012

Wordless wednesday - Dream on!








July 29, 2012

Honeymoon time!

Kitorang dah habis exam!! kheir insyaAllah.
Azab jugak nak menghabiskan exam clinical surgery last ni,tunggu turn berjam-jam.
Mula-mula semua cuak-cuak lagi. tekun je baca buku.

 Last minutes discussion..seboleh-bolehnya
 Random picture, caught Migha day dreaming.. ehehehe
Nik nabilah  with her best partner.
 Dah penat revise, semua org start bergambar. excited lebih nak habis exam.
 kind-hearted & easy to get along people.i believe, they gonna be a good insyaAllah
  so sweet kawan-kawan saya ni.manis macam gula. aww.
 Tak boleh nak dinafikan,some persons are special, they touch our heart and no matter what had happened they will stay in our heart forever. <3<3<3


 Case for our exam.*BADII*  BCC, Achalasia, Lumbar Disc Prolapse, Inguinal hernia, Instestinal onstruction. sure i'll remember this sampai kerja sampai bile-bile. 
 Revise lagi, tapi kali ni landing atas katil, macam study dekat rumah.
 last but not least, muka yang dah penat tunggu turn! huwarggh, mcam tak percaya dah habis exam> thus this gonna be my last entry bout medical school.Seriously, someone  slap me on the face please. hehehe. 

i will never be able to thank Allah enough! sangat banyak nikmatnya..Ya Rahman Ya Rahim :')

July 27, 2012

wearing my best smile!


stressful days begin to wear away,exciting days are waiting ahead!

still ada satu exam lagi, this's truely the final one! can't wait.
pagi-pagi td, our student representative informed that the coming exam will be just a written exam.
no oral exam,?no long case? and no need to face any doctor! Seriously?

phew!sgt melegakan, tapi kan...
bile fariez fikir balik, if there's any doc to evaluate pun okie je.
u know, doktor kat sini sgt murah hati..kalau jawab dgn betul confirm dpt high marks,
kalau jawab tak betul pun still markah okie je.tak pernah ade doctor y macam sengaja nk fail kn students.
kalau kita tak tahu jawapan, diorang akan ajar time tu.they are purely kind like that.May God bless.


teringat dulu doc resident pernah cakap" don't worry the professors are all benign" ahah.

* * * * * * * * *

anyhow, smlm dah macam hari last persekolahan.happy faces were everywhere! people were taking pictures like there's no tomorrow.

Fariez tak bergambar sgt, i'm enjoying myself dengan menghatar invitation kad! perasaan yang best tak tipu. ngeee :D i've been waiting for that moment since years, like finally kan... :D


yelah, kita dah rancang dgn elok, tp sebenarnya rancangan Allah adalah y terbaik.Tq Allah.i know,i should thanks Allah more, and stop complaining.Everyone should!

oh ya,i've so limited invitation cards,6th years ade 200 student for real. So tak semua dapat, close friends& who's coming are my priority, and some got to share the card. jgn amik hati  ye sayang2 sekalian. All are invited regardlessly.


I'm loving the colours & the simplicity ! nah i love all about it.this is how the card look like.love love.

u see, merah is forever my fav colour :)


July 25, 2012

2nd last! pheeuw


Esok exam paper surgery ! time really flies :D
Cardiothoracic surgery, Pead surgery, Neurosurgery, Vascular surgery dgn ape ntah satu lagi. ececeh *buat-buat lupe :D All subjects in one paper bebeh! 

Doa saya yang kudus..

Semoga esok soalan semua senang-senang boleh jawab laju-laju dengan tulisan besar cantek & kemas. Doktor semak jawapan dengan senang hati sambil senyum gembira, lalu bermurah hati bagi markah tinggi-tinggi. Amin.Amin.

study-study jugak, Al-quran satu juzuk sehari & solat teraweh, tahajud jgn lupe yaw.




July 23, 2012

Hari-hari yang sunyi

still i've many lectures to revise but they got abandoned instead.bad girl i am.

i'm very aware that my final exam just hours ahead
but urgh...can't barely focus.
this tranquil environment is slowly suffocating  me to death.
i would prefer to call this house as a gua.seriously.
even i can hear the the clock ticking. tick tick tick..
sunyi gile, like i'm the only living creature in here.
secretly i wish nani/ika were here.
but nah. they got their own life to lead.

how "these people" managed to live alone i wonder?
and sampai hati tkay leave me without a word? :'(
for god sake, we need a community for a reason

i am so going to kacau kak fatin.No, i mean.
i'm going to go study with her.gtg!


July 11, 2012

Siapa bela ikan?

esok lusa dah nk exam final!!

Nak cakap dah tepu otak, erm tipulah sangat kan..
tapi nk teruskan baca satu2, ya Allah.. azab betul.

anyway, tadi petang dekat Fb, Raja (kawan sekolah fariez) post soalan ala teka teki gituw.
Best la. fariez suka! mcm sudoku solving.
sape2 y ade mase boleh la jawab soalan teka teki ni.

Ini merupakan soalan tersebut :-
~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :
1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.


Nak ikutkan, bukanlah jawapan y penting,
yang lebih penting ialah cara kita nk dapatkan jawapan tu.
apa usaha kita, jujur atau tak kita dengan diri sendiri?
takde benda y datang bergolek.. semua kena ada usaha..

maka konklusinya..
erm, fikir-fikirkanla..

p/s: betulkan niat selalu, belajar untuk apa?exam ni untuk apa?
semoga semuanya lillahi taala.



July 09, 2012

Just dance, gonna be okie

hari ni saya in a happy mood :))

maka sy telah menghadiakan housemate sy sebuah toilet y bersih.hehehe. 
baru habis cuci toilet sebenarnye.semoga semuorang hepi time mandi nanti 
hari tu housemate sy dah volunter bersihkan lantai rumah.sorang lagi bersihkan dapur.
turn sy pulak luang sikit mse cuci toilet.

eh nape sy happy hr ni?
sbbnya hr ni sy pergi kls revision, dapat la revise banyak benda.Alhamdulillah.
sape y tak pergi patut rasa mnyesal & rs bersalah tau,
sbbnye doc dah spend masa nk ajar kita,kita pulak malas2..
patut tak? tak patut tak patut.

sy happy sbb hari ni parcel y sy tunggu2 dah sampai :)
ade kad2 jemputan untuk kenduri kawen shaye.ngeee *malu*
selama ni selau je suruh fairuz share gambr2 kad jemputan tu..
tp die selalu lupa T_T'

tapi takpela, dah sampai pun kad-kad tu dekat sini.
jauhkan.. dari Malaysia poss datang Mesir, ah,semata-mata..
Mashey manyak-manyak dekat Fairuz sbb tolong poskan,
oh ya, design kad tu & warna combination semua dia y pilih.

huhuhu.macam ni rupenya rasa bila tgk kad kawen sendiri.ngeee
mcm tak percaya + excited ! fariez dah siap2 lipat dah..
tak sabar nak distribute dekat kawan2.ngee :D

tapi kad ni ade sikit je, korang share2 la eh. boley?

kla, nk g study sikit sblum margrib.sampai jumpa lagi. Da~





July 04, 2012

wordless



July 03, 2012

rabbi yassir wala tu'assir

Now that my last class had already ended.Seriously?!

I dont have mixed feelings or whatsoever, i just wakeup in the morning, dengan perasaan yang  tak beza dengan semalam, prepared my breakfast, having  a cuppa hot milo and that's when i sedar  i'm late already!grab beg sekolah and ready for school! aha, exactly the same mcm smlm. cuma hari  i bring a camera together, in case if i need it.

tapi takde mood nak bergambar ke hape. takde perasaan. Selama ni mcm bayangkan that i'm so gonna be the happiest person on earth on my last day of school. sangat la tak. terfikir2, banyak lagi y nak kena cover. Cardiothoracic, palstic surgery, peads surgery, neurosurgery...not to mention internal medicine. *pengsan*
but akhir-akhir kelas, bila semua orang pun busy with their cameras,frz manage to put a smile & join diorang bergambr.i so adela sekeping dua gambar di hari last persekolahan. hope the pictures will turn out nice.

lecture & clinical round dah habis, exam esok lusa je. tapi banyyyyyyakkkk lagi tak habis baca T_T' terukkan? dahla, penat dah rasa teruk dgn diri sendiri.

harap-harap boleh habiskan study lectures neurosurgery malam ni.still i have 40pages to read!
Peads ade lagi beberapa lectures.
carditohoracic & vascular frz nak jawab mcqs je la.
esok pagi habiskan plastic surgery.
malamnya revise xray, CT & MRI & clinical cases.

*deep breath*

rabbi yassir wala tu'assir
May Allah grant us (all the 6th year students) the strength to go trough this.

June 29, 2012

renyuk dan hancur

pernah sy rs hati sy renyuk..
mungkin hati sy di buat dari material y mudah renyuk?
kertas barangkali?

dulu hati sy pernah hancur dan berderaian.
itu sifat kaca, hati  sy dibuat dr kaca?

histologically, hati terdiri dari sel-sel terus membentuk soft tissues,
bukan ke soft tisue kalis renyuk dan tidak hacur?

macam mana kalau hati rs panas dan terbakar?
panggil bomba ?